Masam Masam Manis, merupakan sebuah kempen dari Sirap Limau yang meraikan realiti sebenar dunia perkahwinan melalui kisah-kisah pelbagai warna cinta, selain perkongsian kebahagiaan dalam rumah tangga, juga cabaran yang mungkin pernah pasangan suami isteri alami.
Untuk pengetahuan semua, kempen ini telah mencapai lebih 28 ribu pengunjung yang membaca dalam laman sesawang khas Masam Masam Manis. Selain itu, lebih membanggakan adalah kempen ini mencapai lebih 500 ribu tontonan video di semua platform media sosial Sirap Limau. Ternyata ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa ramai pengikut setia Sirap Limau sukakan kandungan dalam kempen kali ini.
Baca juga: Raikan Cinta Di Tahun 2025 Dengan Pilihan Tarikh Cantik Ini, Nak ‘Aim’ Untuk Bersalin Pun Boleh!
MASAM MASAM MANIS JADI PLATFORM BINCANG ISU RUMAH TANGGA
Menyingkap kembali kempen yang bermula pada 1 Disember 2024 ini menampilkan 4 fasa iaitu Sehati Sejiwa, Gelora Perkahwinan, Kemuncak Cinta dan Kembali Terjalin. Kempen ini turut melibatkan penyertaan rakyat Malaysia dalam sesi ‘Kotak Luahan’ dalam laman web khas yang mendapat lebih dari 100 luahan hati tentang isu rumah tangga.
Malah, ada juga peraduan mingguan bertemakan alam rumah tangga di mana orang ramai boleh menunjukkan kreativiti dalam ruangan komen. Menariknya, pemenang peraduan mingguan ini mendapat hadiah yang ditaja oleh Le Nona bernilai lebih RM500!
Setelah sebulan berlangsungnya kempen ini di semua platform digital Sirap Limau, kami akhiri dengan satu sesi ‘talk show’ yang berlangsung pada 8 Januari 2025, di REV MEDIA Group, Balai Berita Media Prima Bangsar. Sesi bual bicara kempen Masam-Masam Manis yang dikendalikan oleh pengacara & DJ KOOL101 Muaz Mohamed, menampilkan dua tetamu istimewa: Sufia Johari, Pencipta Kandungan Media Sosial dan Tuan Haji Hushim, Penceramah Motivasi Keluarga.
SESI TALK SHOW JADI PENUTUP ‘MANIS’ BUAT KEMPEN
Bertemakan “Alam Perkahwinan Di Zaman Digital”, talk show ini membincangkan bagaimana media sosial dan teknologi mempengaruhi hubungan perkahwinan moden serta memberi panduan praktikal untuk pasangan dalam membina hubungan yang lebih kukuh di era digital ini.
“Padat dengan informasi dan menghiburkan”, itulah antara apa yang digambarkan oleh penonton yang hadir terdiri daripada rakan kolaborasi (TillJannah, The Pastels Shop & Andorra Women & Children Hospital), para penaja dan jemputan media luar seperti KPJ Rawang, Telum Media, Weber Shandwich PR, Kopilihanku dan Secret Recipe.
Di samping ralit mendengar segala input yang dikongsikan tetamu, Kopilihanku Setia Alam kekal berada di samping penonton apabila mereka menyajikan 3 jenis pilihan minuman kepada tetamu yang hadir. Malah, Secret Recipe juga turut menaja sesi talk show ini dengan ‘Walnut Brownies’ yang merupakan menu pencuci mulut kegemaran ramai.
Dekat mana nak tengok video penuh talk show Masam Masam Manis ini? Anda semua boleh saksikan video penuh di laman Youtube Sirap Limau pada 13 Januari 2025 untuk dapatkan imput yang lebih mendalam mengenai topik yang dibincangkan. Pastinya, anda tidak akan menyesal!
Sebagai penutup kempen Masam Masam Manis kali ini, team Sirap Limau mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dengan membaca, menyertai dan berkongsikan segala maklumat mengenai kempen. Terima kasih semua!
Baca juga: Apa Itu ‘Sleep Divorce’? Ini Maksud & Hukum Berpisah Tidur Dengan Pasangan, Tak Jadi Masalah Kalau…