Suami Isteri

“Allah SWT Mengetahui”-Suami OKU Pendengaran Berusaha Alun Bacaan Al-Fatihah Di Samping Isteri Undang Sebak

1
SHARES
oku pendengaran

Menjadi pasangan suami isteri yang saling menyayangi dan mendidik antara satu sama lain merupakan idaman ramai. Ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh suami isteri yang sempurna fizikalnya malah yang kurang sempurna juga. Seperti kisah yang tular mengenai suami OKU pendengaran yang berusaha mengalunkan bacaan Al-Fatihah di samping isteri.

Video yang tular ini meraih perhatian warganet kerana isteri lelaki ini juga merupakan seorang OKU pendengaran. Ternyata, perkongsian ini mengundang sebak kerana kesungguhan mereka untuk mengalunkan ayat Al-Quran walaupun tidak jelas.

Baca juga: Apa Itu ‘Sleep Divorce’? Ini Maksud & Hukum Berpisah Tidur Dengan Pasangan, Tak Jadi Masalah Kalau…

SUAMI OKU PENDENGARAN TAPI BERUSAHA ALUN BACAAN AL FATIHAH SEBELAH ISTERI

oku pendengaran

Menerusi video dimuat naik di TikTok, memaparkan kegigihan suaminya yang cuba mengalunkan Al-Fatihah dengan lancar dan tidak jemu belajar ilmu agama. Perkongsian yang dapat tontonan lebih 400ribu itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan berpendapat solatnya sah sekiranya menjadi imam kepada isteri.

Dapat dilihat, usaha seorang pemuda dan juga suami, Ariff Mukhtar Ayub, 25 tahun, itu dipuji ramai kerana mampu menghabiskan Al-Fatihah dengan baik walaupun kekurangan upaya dari segi sebutan.

Menurut si isteri, Nazurah Izzaty Dziauddin, 25 tahun, berkata, suaminya berlatih bertutur dan mengaji sejak kecil dengan menggunakan bantuan alat pendengaran.

“Dia memang pekak sejak kecil, tahu baca al-Fatihah dan zikir sahaja sebab ada ibu dan ustazah yang ajar. Saya pula dilahirkan normal cuma ketika usia tiga tahun disahkan OKU pendengaran akibat demam panas,”

“Saya memang selalu buat video dan rekod aktiviti kami berdua memandangkan baru berkahwin pada Oktober lalu. Kami guna bahasa isyarat ketika berkomunikasi, kalau di rumah memang tenang,” katanya.

Meskipu dia dan suami kehilangan deria pendengaran, namun ia bukan penghalang dalam melayari bahtera rumah tangga. Ujarnya, apa yang penting adalah masing-masing faham akan tanggungjawab serta mampu membimbing antara satu sama lain.

“Saya kenal suami pun melalui media sosial sejak 2016 lagi, memang dah tahu hati budi masing-masing. Setakat ini tiada masalah dari segi komunikasi dan orang luar pun faham tentang kekurangan kami berdua lebih-lebih lagi suami kerana dia pemandu e-hailing.

“Kebanyakan penumpang memang hormat dan tahu, mereka juga guna bahasa isyarat kalau nak ucap terima kasih, bagi saya itu sudah memadai,” kongsinya kepada Sinar Harian.

@akuizza33aty Alhamdulillah tak salah mencuba ya. Dialah Suami yg baik baik 🥰 #fyp #pekakmalaysia #deaf #tiktokviral #share @ariff mukhtar🦦 ♬ original sound – 𝐼𝑔𝒜𝓉𝓎𝒹𝑒𝑒𝓃 ♡

*Lantaran itu sahaja kemampuan dimiliki dan selebihnya hanya Allah SWT mengetahui setiap butiran perkataan dilontarkan..InsyaAllah..

Baca juga: Bancuh Air Untuk Suami Tersayang Jangan ‘Kosong’, Selit Doa-Doa Ini Supaya Abang Sentiasa Cinta!

Sumber: Sinar Harian, Tiktok @akuizza33aty

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×