Suami Isteri

Apa Itu ‘Sleep Divorce’? Ini Maksud & Hukum Berpisah Tidur Dengan Pasangan, Tak Jadi Masalah Kalau…

7
SHARES
suami isteri tidur berasingan

Setelah bergelar suami isteri yang sah, proses untuk tidur bersama itu mungkin akan mengambil masa sehingga terbiasa. Namun, rupanya ramai juga dalam kalangan suami isteri tidur berasingan atau dipanggil ‘sleep divorce’ atas sebab-sebab tertentu.

Tertanya juga kenapa perkara ini berlaku dan apakah hukumnya dalam Islam? Adakah jatuh berdosa kalau tidak tidur bersama pasangan atau bagaimana? Mari kita baca penjelasan dari yang arif.

Baca juga: Nak Bersama Tapi Tak Jumpa ‘Lubang’, Perawat Perubatan Islam Dedah Kisah Pasangan Terkena Sihir!

HUKUM SUAMI ISTERI TIDUR BERASINGAN ATAU DIPANGGIL ‘SLEEP DIVORCE’

suami isteri tidur berasingan

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya dan suami sudah berusia 40an. Kami berkerjaya dan agak sibuk. Bila sampai rumah saya ingin rehat dan tidur. Rumah kami ada pembantu untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Masalah saya ialah suami tidur berdengkur dan mengganggu tidur saya. Saya bercadang untuk tidur berasingan, sesekali kami tidur Bersama untuk hubungan intim. Apa pandangan doktor?

Menurut Dr Zubaidi, fenomena yang dikenali sebagai ‘perceraian tidur’ (sleep divorce) semakin popular. Istilah ini merujuk kepada keputusan sesetengah pasangan untuk tidur di ruang yang berasingan, sama ada bilik yang berbeza atau katil yang berbeza, dalam usaha mencari rehat yang terbaik.

Berdasarkan penyelidikan yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi juga, trend ini lebih ketara dalam kalangan milenial (generasi yang kini berusia antara 30 dan 40 tahun), di mana hampir separuh (43%) menjawab bahawa mereka tidur berasingan daripada pasangan mereka.

Berkongsi katil telah menjadi simbol kehidupan sebagai pasangan. Penyelidikan terkini telah mendedahkan bahawa, apabila terdapat keserasian dalam pasangan, tidur bersama boleh mengurangkan tahap hormon stres, kortisol, dan meningkatkan hormon kebahagiaan, oksitosin.

“Berkongsi katil dengan orang yang anda sayangi adalah masa istimewa bagi sesetengah orang, tetapi bagi yang lain ia boleh menjadi tidak selesa atau bermasalah. Jadi nilaikan sendiri keperluan kita. Ada yang perlu tidur bersendirian dan ada yang perlu tidur bersama,”

Pada pandangan saya elok tidur bersama, sesekali mungkin inginkan tidur yang lebih baik, boleh tidur berasingan. Namun jika tidur bersama sangat mengganggu puan, contohnya suami berdengkur kuat sepanjang malam, boleh berbincang dengan beliau untuk tidur berasingan,” – Dr. Zubaidi.

‘PERCERAIAN TIDUR’ TAK JADI MASALAH KALAU…

suami isteri tidur berasingan

Menjengah kepada perspektif dalam Islam, ada yang mengatakan bahawa ‘perceraian tidur’ atau tidur secara berasingan ini adalah berdosa kerana suami dianggap tidak menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Jadi, bagi menjawab persoalan di atas, berikut merupakan penjelasan dari Dr. Zulkifli al-Bakri.

Menurutnya, jika keadaan adalah seperti yang disebutkan, di mana seseorang suami tidur berasingan daripada isterinya tanpa sebarang kemarahan atau masalah, maka tidak mengapa. Ini kerana meninggalkan tempat tidur perkahwinan (suami isteri) adalah haram jika disertai dengan pengabaian haknya dalam hubungan intim.

Namun, jika tidak menghalang haknya, dan isteri redha dengan keadaan ini, maka tidak mengapa suami tidur berasingan daripada isterinya jika kedua-duanya bersetuju atau jika ada sebab tertentu seperti waktu tidur yang berbeza atau kebiasaan tidur yang berbeza.

Namun, apa yang dilarang secara syarak ialah jika suami meninggalkan tempat tidur isterinya sehingga menjejaskan haknya, atau jika isteri merasa teraniaya dengan meninggalkan tempat tidurnya, terutama apabila syarak telah menjadikan meninggalkan tempat tidur sebagai hukuman untuk isteri, seperti yang Allah SWT berfirman:

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur”- (Surah al-Nisa’: 34)

Selain itu, sebahagian daripada pergaulan yang baik ialah seorang lelaki tidur bersama isterinya di tempat tidur mereka; ini adalah sunnah Nabi SAW. Walau bagaimanapun, jika terdapat keuzuran atau sebab-sebab tertentu, suami boleh tidur berasingan daripada isterinya asalkan tidak meninggalkan hak isteri dalam tempat tidur, seperti yang dipegang oleh mazhab al-Syafi‘i.

*Jadi, tidurlah sama-sama barulah sweet!

Baca juga: 7 Nasihat Pernikahan Dari Ustaz Abdul Somad, Lahirkan Rumah Tangga Penuh Masam Masam Manis!

Sumber: Buku Dr. Zulkifli, Dr. Zubaidi Hj.Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×