Baru-baru ini tular kisah poligami seorang lelaki yang telah berkahwin buat kali ketiga. Kisahnya mendapat perhatian ramai kerana perkahwinan banyak kali ini tidak dilakukan secara sorok-sorok seperti kebanyakan orang lain.
Walaupun perkongsian lelaki tersebut mendapat pujian kerana sikap isteri-isterinya juga dilihat sangat terbuka menerima kedatangan madu, rupanya ada kisah terbaharu yang didedahkah di laman Facebook peguam terkenal, Asiah Abd Jalil. Apakah pendedahannya?
Baca juga: Peguam Jelas Syarat Poligami Di Malaysia, Minta Kebenaran Isteri Pertama TAK WAJIB
KISAH POLIGAMI ABANG ISTERI 3 RUPANYA TIDAK ‘SEHARMONI’ YANG DISANGKA..
Kecoh ketika ini apabila tular satu dakwaan mengatakan kisah sebenar pasangan beristeri tiga ini tidaklah se’harmoni’ yang digambarkan. Pendedahan itu dibuat oleh peguam terkenal itu kini meraih hampir dua ribu perkongsian di laman Facebook.
Menerusi pendedahan peguam Asiah, isteri kedua dinikahi tanpa restu daripada wali dan ahli keluarga! Katanya “Poligami Harmoni” tapi banyak kisah sebenar yang berlaku.
1. Isteri pertama ada 3 orang anak. Isteri pertama rela bermadu.
2. Isteri kedua dinikahi pada tahun 2021, TANPA RESTU daripada wali dan keluarga. Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah. Berbulan-bulan tanpa khabar berita. Suami failkan permohonan wali enggan di mahkamah syariah. Akhirnya berjaya menikahi isteri kedua. Isteri kedua kini sedang hamil.
3. Isteri ketiga dinikahi di Thailand. TANPA RESTU daripada wali dan keluarga. Pernikahan sudah hampir setahun. Majlis perkahwinan isteri ketiga diadakan baru-baru ini. Sekadar nak tutup cerita pasal kahwin lari di Thailand. Kononnya isteri-isteri reda dan support madu 3.
4. Isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal serumah. Isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.
5. Giliran bermalam para isteri, ikut suka hati suami. Adil tak adil, jangan persoal.
6. Isteri kedua pernah diceraikan. Cerai melalui WhatsApp. Rujuk balik.
7. Isteri kedua pernah dipukul oleh suami dan isteri pertama. Tapi tak berdaya melawan. Demi cinta katanya.
Lelaki beginikah hendak dijadikan ikon poligami? Ajak join persatuan, ajak pergi kursus, nak promote rumah tangga berbilang isteri. Walhal rumah tangga dia pun tunggang-langgang.
*Penulis sudah nyatakan semalam agak kurang setuju dengan perkahwinan poligami seperti suka-suka ini. Ternyata, ada kisah di sebaliknya kerana usia perkahwinan mereka baru 4 tahun. Jangan diikutkan sangat nafsu itu, kelak boleh membawa padah kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Kalau ada seorang sahaja isteri, tak boleh hidup ke?
Sumber: Asiah Abd Jalil