Seringkali kita melihat dalam kalangan para selebriti yang sudah lafaz cerai dan melepasi idah perceraian tersebut, masih rapat ibarat tiada apa yang berlaku. Malah, ada yang pergi bercuti bersama dengan membawa pasangan baharu masing-masing, memikirkan semua ini berlaku kerana kemahuan mereka sendiri.
Namun, ketahuilah bahawa semua ini masih diterima pada peringkat awal kerana persahabatan selepas cerai ini mungkin akan mengundang masalah pada masa hadapan.
Baca juga: 9 Tips Untuk Para Suami ‘Handle’ Perangai Isteri Dominan & Suka Lawan Cakap
TIADA ISTILAH BERKAWAN BAIK SELEPAS LAFAZ CERAI
Dalam Islam, hubungan lelaki perempuan bukan ajnabi ada adab tersendiri. Hubungan platonik berkawan baik dan rapat dengan berlainan jantina bukan sesuatu yang sesuai pada kaca mata Syarak.
Tidak berkawan baik bukan bermakna bermusuhan cumanya hubungan adalah terbatas. Tidak pergi bercuti bersama, keluar makan ke sana sini atas alasan “walaupun kami sudah bercerai, kami tetap berkawan baik”
Malah ada pasangan masih mahu bercerita masalah peribadi dengan bekas pasangan kononnya pasangannya lah paling memahami. Ini adalah kesilapan besar umat Islam hari ini. Berkongsi rasa kasih dan mencurah masalah hanya terhad ketika masih berada dalam perkahwinan sahaja.
Malah ada yang pergi jauh bercerita masalah hubungan dengan pasangan baru pula. Jarum syaitan sangat halus. Ketika masih dalam perkahwinan, ditanam rasa benci. Sudah bercerai, ditiup pula rasa kasih untuk beramah mesra kononnya pasangan paling understanding walaupun selepas bercerai.
Anak-anak bukan alasan untuk bergaul rapat antara bekas pasangan. Halal is halal, haram is haram. Laksanakan tanggungjawab masing-masing dalam batas Syarak. Kalau masih mahu berbaik, jangan bercerai.
*Menambahkan masalah adalah apabila masing-masing atau salah seorang dah mempunyai pasangan baharu, di sini bermulanya pertengkaran dan cemburu yang boleh memudaratkan hubungan.
Baca juga: Ini 5 Doa Mustajab Untuk Tutup Hati Suami Dari Pandang Wanita Lain..Awas, Dilarang Masuk!
Sumber: ياسمين حناني محمد سفيان