Suami Isteri

Ini 5 Doa Mustajab Untuk Tutup Hati Suami Dari Pandang Wanita Lain..Awas, Dilarang Masuk!

6
SHARES
doa untuk suami

Menjadi lumrah seorang isteri sering menitipkan doa untuk suami yang tersayang dari segi kesihatan dan kemudahan rezeki. Namun, disebabkan banyak kes-kes yang melibatkan isu suami curang dan mula tertarik hati dengan wanita lain, ramai dalam kalangan isteri pun mencari doa-doa untuk ‘menundukkan’ hati si suami.

Ada amalan yang boleh dilakukan oleh si isteri supaya suami tidak pandang wanita lain dan sentiasa menyayangi anda. Berikut merupakan 5 doa yang boleh dibaca setiap hari supaya suami tak cari wanita lain dan sayang anda isterinya yang sah sahaja!

Baca juga: 14 Emoji Makanan Ini Selit Unsur Seksi, Hantar Yang No. 13 Itu Pada Suami, Mengancam Jiwa!

5 DOA UNTUK SUAMI TUTUP PINTU HATI KEPADA WANITA LAIN

doa untuk suami

1.Doa Menutup Hati Suami Untuk Perempuan Lain Bagi Menghindar Godaan

Ini merupakan doa pertama yang dikongsikan supaya para suami anda menutup hati untuk perempuan lain. Doanya adalah seperti berikut:

“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna idha shi’ta sahla”

Terjemahan: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan kesulitan, jika Engkau kehendaki, Engkau jadikan mudah.

Doa ini sangat bagus untuk diamalkan bagi sangat kuat kerana memohon pertolongan Allah dalam menahan godaan dan menjauhi maksiat. Ia boleh membantu suami anda kekal setia dengan menghalangnya daripada menyerah kepada godaan selingkuh. Untuk mengamalkan doa ini dengan berkesan, ucapkanlah setiap kali anda merasa tergoda untuk melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada dosa.

2. Doa Menutup Hati Suami Untuk Perempuan Lain Untuk Kukuhkan Perkahwinan

Doa ini adalah bagi mengukuhkan ikatan perkahwinan anda dan dibaca untuk menambahkan rasa kasih dan sayang antara isteri dan suami. Doanya adalah seperti berikut:

“Rabbana hablana min azwajina wadhuriyyatina qurrata a’yunin waj’alna lil muttaqina imama”

Ertinya: “Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Amalan doa ini adalah untuk mengekalkan hubungan dan mewujudkan ikatan yang kuat antara suami isteri. Inilah masanya untuk meningkatkan tahap kesetiaan pasangan dan paling berkesan sekali adalah, bacalah selepas solat Subuh dan Isyak selepas hari.

4.Doa Menutup Hati Suami Untuk Perempuan Lain

Doa seterusnya adalah doa menutup hati suami untuk perempuan lain. Doa ini dibaca untuk memohon perlindungan Allah supaya melindungi suami daripada tarikan wanita lain. Doanya adalah seperti berikut:

“Allahumma inna nas’aluka hubbak wa hubba man yuhibbuk wa hubba amalin yuqarribuna ila hubbik”

Ertinya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu cinta-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta sedekah yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu.”

Doa ini mustajab kerana memohon pertolongan Allah untuk menutup hati suami daripada wanita lain dan menambah cintanya kepada anda. Untuk mengelakkan suami dari berlaku curang, baca setiap kali selesai solat Subuh dan Isyak.

5.Doa Menutup Hati Suami Untuk Perempuan Lain Agar Dilindungi Dari Pergaduhan

Doa ini dibaca untuk memohon perlindungan Allah dari godaan untuk terus bergaduh tanpa ketahui apa puncanya. Doanya adalah seperti berikut:

“Rabbi a’udhu bika min hamazatish shayateen wa a’udhu bika rabbi an yahdurun”

Terjemahan: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan, dan aku berlindung kepada-Mu ya Tuhanku, supaya mereka tidak datang bersamaku.”

Doa ini sangat kuat kerana dapat memohon perlindungan Allah daripada bisikan jahat syaitan dan percubaannya untuk menyesatkan suami anda. Bacalah selepas setiap solat, dan biasakan membacanya setiap hari.

doa untuk suami

Foto: iMuslim

*Jadi, para isteri semua boleh kawal suami masing-masing ya!

Baca juga: Ramai Keliru Apa Beza Air Mani & Air Mazi, Ustazah Asma’ Jelaskan Termasuk Hukum Mandi Wajib

Sumber: WanitaModen.com

Foto: The Sun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×