Suami Isteri

9 Tips Untuk Para Suami ‘Handle’ Perangai Isteri Dominan & Suka Lawan Cakap

10
SHARES
wanita dominan

Perasan atau tidak terutama dalam kalangan lelaki, seramai-ramai kawan wanita yang anda kenal, pasti akan ada wanita dominan yang akan suka melawan cakap. Bertentangan dengan sifat semulajadi wanita yang dikatakan sepatutnya lemah lembut, ini bukan penghalang untuk wanita bersifat dominan untuk berkahwin.

Namun, si suami perlu tahu cara ‘mujarab’ untuk menguruskan dan berhadapan dengan isteri yang bersifat dominan melalui perkongsian dari saudara Azhar Syazri Azizan ini. Kalau salah cara, boleh bergaduh 4 hari 4 malam dibuatnya!

Baca juga: Pastikan Dalam Rumah Tangga Tiada 5 Tanda Ini, Kalau Tak…Anda Dalam BAHAYA!

CARA UNTUK LELAKI URUS WANITA DOMINAN, TERUTAMA SEKALI ISTERI

wanita dominan

Ada orang cakap isteri suka lawan cakap dan keras kepala disebabkan wanita akhir zaman. Ada juga yang cakap, isteri sebegitu adalah “cerminan sikap suami” yang suka abaikan isteri dan lukakan hati dan perasaannya.  Kalau anda belajar DISC PROFILE, isteri suka lawan cakap dan keras kepala ni disebabkan personaliti dirinya jenis DOMINANT. Isteri yang dominant biasanya:

– Agak bossy (kuat mengarah)
– Suka lawan authority
– Suka argue (walaupun benda kecil)
– Kurang sensitif pada org lain (ikut suka dia je)
– Selalu nak cepat atau nak menang
– Tiada kesabaran
– Sukar ngaku salah dan kerap salahkan org lain

Bagaimana nak tahu dan ‘deal’ dengan wanita dominan ini?

1.Pertama kita kena faham. Dominant ni bukan bermaksud dia jahat atau negatif orangnya. Itu hanya personaliti dirinya sahaja. Setiap personaliti diri, ada kekuatan dan kekurangannya. Begitu juga orang yang ada personaliti diri lain (Influential, Steady & Compliant). Ada kekuatan serta kekurangan masing-masing.

2.Kedua, sebagai suami atau leader, bila deal dengan isteri atau ejen yang dominant, kena fahami personaliti dirinya sebegitu. Bila kita faham, ia akan bantu kita kawal emosi agar tak lakukan sesuatu secara terburu-buru, terutamanya yang beri impak besar seperti pergaduhan atau perceraian.

Bermakna bila deal dengan mereka, kita kena banyak tegur dia agar jangan terlebih-lebih jadi dominant. Dan of course kena banyak SABAR.

3.Paling PENTING, kita sebagai suami kena sedar kedudukan dan batas percakapan/perbuatan kita. Perlu diingatkan, bukan semua PERMINTAAN atau kehendaknya perlu dituruti, walaupun dia kuat mendesak atau kadangkala push / put pressure pada kita.

4.Apa jua kehendak yang perlu tolak, saya akan beritahu baik-baik. Jika ditekan, saya ignore saja dengan beri silent treatment (diamkan diri tak turuti perintahnya). Sebab kita tau kedudukan kita sebagai suami atau leader (beras kita beli bro, SSM agensi kita register). Kata putus dekat kita.

5.Kadangkala bila nak lakukan sesuatu yang perlukan izin suami seperti keluar rumah atau bermalam di luar, dia akan plan dulu di belakang-belakang dan sekadar beritahu bila nak lakukan atau ditanya. Pada dia, beritahu saja itu memadai, bukan perlu minta izin dari awal.  Memang isteri atau ejen yang dominant, expect kita patuh dan taat cakap dia. Kekadang sampai sebut nama penuh kita bila dia mahu kita taat perintahnya .

6.Namun stand your ground sebagai suami atau leader. Kalau terpaksa sound sikit sebab dia dah terlebih bossy, kawal emosi kita, jangan sampai berkasar terhadapnya. Sentiasa beri peringatan kepadanya, terutamanya kedudukannya sebagai isteri atau ejen, jangan sampai hilang hormat atau tak beradab bila dengan suami/leader.

7.Kepada isteri dan wanita dominant, belajar kawal diri agar tak jadi terlalu dominant sampai “musnahkan diri sendiri”.  Iya, kerana mulut dan tutur kata yang tak dijaga, badan sendiri yang binasa. Arguments banyak berlaku hingga sebabkan pergaduhan, serangan fizikal atau perceraian. Kesannya bukan saja rugikan diri sendiri tetapi juga kepada anak-anak, ejen ejen di bawah dan bisnes sendiri.

8.Tak perlu lemparkan tuduhan suami control-freak, leader toxic & narcissistic bila kemahuan anda tak dipenuhi. Itu tanda anda takde accountability dan suka salahkan orang bila anda buat salah. Dalam kebanyakan kes, tuduhan tuduhan tersebut berbalik kepada diri anda semula di mana orang lain nampak tuduhan tersebut ada pada diri anda sendiri, dan bukannya pada org yang anda tuduh.

9.Sentiasa jaga kesihatan mental dan disiplinkan emosi kita agar tak mudah koyak. Kebanyakan masalah rumahtangga, pergaduhan dan perceraian berlaku sebab kita tak fahami personaliti diri kita, pasangan dan orang dalam kumpulan kita. Itu yang sebabkan ramai orang bertindak negatif tanpa sedar sifat diri mereka.

wanita dominan

Foto: Mending Muse

*Tak perlu cakap isteri jadi dominan kerana sikap suami. Salah tu, sebab berani cakap wanita bujang baik anak dara mahupun janda, pun ada yang sifat dominannya tinggi. Dari tutur kata dan kelakuannya di media sosial atau depan-depan dah tau.  Dah tau semua ni, belajar handle wanita dominant ni baik-baik ya!

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

Sumber: Azha Syazri Azizan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×