Nur

Suami Beri Hadiah & Minta Balik, Ia Haram! Isteri Tak Wajib Pulangkan

beri hadiah

Perbuatan suami mengambil semula pemberian atau hadiah daripada isteri, mungkin dianggap perkara biasa pada sesetengah orang. Namun, tahukah anda perbuatan suami beri hadiah kepada isteri dan memintanya semula adalah haram hukumnya.

Bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku dan mengetahui cara sebenar mengambil semula pemberian barang adalah dengan membaca ulasan Ustaz Azhar Idrus di bawah sehingga habis.

Baca juga: Hukum AURAT Antara Anak Hasil Zina & Anak Lepas Berkahwin

BERI HADIAH

beri hadiah

Gambar: freepik

Soalan:

“Suami belikan isteri barang baru, barang lama dia mintak balik. Contoh, suami belikan handphone baru ke bini dan dia mintak balik handphone lama.”

Baca juga: Ada 3 Cara Mengerjakan Haji, Jangan Sampai Tersalah Niat Tau!

Baca juga: 5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

Jawapan:

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukumnya jika sudah diberikan kepada isteri bukan untuk dipinjam, tetapi sebagai pemberian (hibah) atau c adalah haram untuk diambil semula.

Tambahnya lagi, apa yang boleh diambil semula setelah diberikan, hanyalah ayah boleh ambil semula daripada anak dengan nas hadis sahih.

“Laki beri dah ke bini, minta balik? Haram. Beri dah rantai bukan pinjam. Beri itu hibah. Kalau pinjam, saya pinjamkan.

“Bila berbalah, suami minta balik, hukumnya haram. Dan isteri tidak wajib kembalikan. Cuma nak meredakan perbalahan, isteri kembalikan.

“Tetap perkara itu haram. Kerana apa? Kerana sudah menjadi milik isteri,” tegas Ustaz Azhar Idrus di dalam video ceramahnya.

Baca juga: Cara MANDI WAJIB Untuk Lebih 1 Hadas Besar, Perlu Gabung Niat Ke?

Cara elak haram untuk ambil semula barang

Menurut Ustaz Azhar lagi, kalau ada suami yang bercadang untuk meminta semula barang, semasa proses pemberian suami perlu memaklumkan isteri ia sebagai memberi pinjam. Maka, barulah ia boleh diambil semula.

Baca juga: Kedudukan Tangan Ketika BANGUN Dari Sujud, Ini Yang Sunnah & Afdal!

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

FT Image: Pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×