Nur

Hukum Ambil Upah Tukar Duit Raya & Cara Hindari Unsur Riba, Ini Jawapannya!

12
SHARES
hukum ambil upah

Sekarang ini trend guna khidmat runner untuk menukar duit raya semakin berleluasa, terutama bagi individu yang tidak sempat melakukannya sendiri. Berikutan itu, timbul pula persoalan mengenai hukum ambil upah tukar duit raya yang dikhuatiri mempunyai unsur riba.

Bagi menjawab persoalan tersebut, ikuti penjelasan yang dibuat oleh pendakwah Ustaz Azhar Idrus di ceramahnya, baru-baru ini.

Baca juga: 7 Idea Hadiah Untuk Anak Berjaya Puasa Sebulan, Baru Naik Semangat Dia!

HUKUM AMBIL UPAH TUKAR DUIT RAYA

hukum ambil upah

Gambar: blogsuriaamanda

Berkenaan persoalan tersebut, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan,

“Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya,” katanya dalam laman Youtube miliknya.

Tambahnya lagi, pertukaran mesti dilakukan dalam nilai yang sama.

Bagaimanapun katanya, khidmat upah diharuskan sekiranya tukaran tersebut dalam nilai yang sama selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.

“Tukar duit RM520 dengan RM500, pertukaran itu tidak betul dan haram. Kena tukar RM500 dengan RM500 juga dan selepas itu beri RM20 kerana upah, itu baru betul (diharuskan),” hurainya.

Baca juga: Hukum Melintas Depan Orang Sedang Solat, Terutama Bila Ada Penghadang!

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum & Waktu Ziarah Kubur Pada Bulan Syawal

JENIS-JENIS RIBA

Rentetan itu, melalui laman portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar tidak terlibat dengan riba. Dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.

  • Riba al-Fadl

Sekiranya kuantiti tidak sama, maka transaksi tersebut tergolong di bawah kategori Riba al-Fadl. Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang yang sama. Begitu juga dalam kes emas dengan emas, ringgit dengan ringgit dan lain-lain.

  • Riba al-Nasiah

Malahan, sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah. Iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan barang ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.

  • Riba al-Yadd

Selain daripada itu, terdapat juga transaksi yang niat asalnya ingin dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang. Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong di bawah kategori Riba al-Yadd. Iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Lipat Lengan Baju Atau Seluar & Status Solat, Ini Jawapannya!

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus Official / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Berita Harian / Berita Viral Terkini Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×