Asuh

“Sampul Nipis, Duit Sikit!”- Mak Ayah Kena Ajar Anak Jangan Hina Jumlah Duit Raya Diberi Orang

74
SHARES
sampul duit raya

Sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula beberapa hari lepas, timbul isu mengenai jumlah duit raya yang sering dijadikan tradisi sebagai pemberian khususnya buat kanak-kanak. Kalau diikutkan pada zaman dahulu, kita tidak pernah mempertikaikan ketebalan sampul duit raya dan jumlah duit yang diletakkan di dalamnya.

Namun, kanak-kanak zaman kini sudah berbeza dan sudah pandai memilih jumlah duit raya yang lebih tinggi serta meminta-minta. Kalau sikit jumlah duit raya yang ada di dalam sampul, dibuangnya begitu sahaja. Jadi, inilah masanya untuk mak ayah kembali mendidik anak supaya jadi orang yang berakhlak tinggi seperti luahan yang dikongsikan di laman Facebook ini.

Baca juga: Hukum Terlepas Bayar Zakat Fitrah & Cara Penyelesaiannya, Terlupa Sampai Macam Tu Sekali!

“SAMPUL DUIT RAYA NIPIS…”, KANAK-KANAK HINA JUMLAH DUIT RAYA SIKIT

sampul duit raya

Jujur saya benci emak bapa, datuk nenek penjaga kanak-kanak yang MENGGALAKKAN kanak-kanak mengumpulkan duit raya.
Seperti mana saya benci orang dewasa yang menunjuk-nunjuk berapa banyak duit raya yang diberikan pada anak-anak. Anak-anak membesar menjadi materialistik kerana didikan orang tua.

Ramai ibu bapa atuk nenek mengajar anak-anak mengutip duit raya malah sehingga ponteng sekolah pun ada. Malah ada ibu bapa mengajar anak-anak mencemuh pemberi duit raya yang sedikit. Dan mengajar anak-anak jangan pergi rumah orang susah tapi pergi rumah BESAR dan KAYA supaya dapat makan sedap dan duit banyak. Ramai ibu bapa begitu. Astaghfirullah….

Ajar anak:

-Apa erti raya sebenar
-Berziarah kerana silaturrahim bukan sebab makanan atau duit
-Jangan MINTA duit raya
-Ucap terima kasih
-Jangan KIRA duit raya di hadapan pemberi
-Jangan BANDING berapa duit raya anak-anak dapat
-Emak ayah kami tak pernah ajar kami minta duit raya
-Emak ayah kami tak pernah ajar kami banding duit raya sesama kami
-Tapi emak ayah kami ajar kami berziarah ke rumah saudara-mara dan ia seolah-olah kewajipan buat kami masyarakat Jawa dan Muslim seluruhnya. Yang wajib ziarah bukan minta duit raya. Saya tak merujuk mana-mana kaum cuma mahu highlight budaya bermaafan sahaja.

Yang penting silaturrahim dan bermaafan bukan minta duit raya. Anda patut rasa malu anak-anak anda MINTA duit raya. Orang berikan kita ucap terima kasih dan bersyukur.

sampul duit raya

*Sama-sama kita renungkan..

Baca juga: Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, 15 Minit Siap & Boleh Jadi Kudapan Semasa Raya!

Sumber: ياسمين حناني محمد سفيان

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×