Asuh

Jangan Ajar Anak Kecil Mengumpat Mak Ayah Mereka, Kalau Nak ‘Bergosip’ Duduk Jauh Jauh!

12
SHARES
mengumpat

Proses mendidik anak-anak kecil yang kian membesar bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula dengan banyak pendedahan di zaman serba moden ini boleh memberikan pengaruh buruk buat mereka. Salah satunya adalah aktiviti mengumpat. Mungkin ramai yang terkejut bahawa anak-anak yang masih kecil pun sudah pandai mengumpat dalam zaman sekarang bukan?

Yang merisaukan bukan sahaja mereka boleh mengumpat orang luar, malah turut mengumpat ibu bapa sendiri. Inilah perkara yang perlu diberikan perhatian dalam kalangan ibu bapa dan orang dewasa. Ingat, kalau nak sangat mengumpat orang jangan lakukan di depan anak-anak kecil!

Baca juga: Nampak Macam Mengada-Ngada Tapi Rupanya Ini 7 Tanda Anak Mula Rindu Belaian Mak Ayah..

JANGAN AJAR ANAK KECIL MENGUMPAT IBU BAPA!

mengumpat

Foto: Freepik

Berikut merupakan perkongsian nasihat di laman Facebook berdasarkan situasi realiti yang berlaku kepada kebanyakan orang. Ternyata, tabiat ini perlu dihentikan!

Satu kebiasaan orang dewasa suka meriki-riki kisah orang dewasa melalui anak kecil mereka. Tapi secara tidak sedar, kita mengajar anak mengumpat ibu bapa. Bila berjumpa anak kecil maka ditanya; ibu ayah solat atau tidak? Ayah ibu bangun pukul berapa? Ayah solat Jumaat atau tidak?

Kita hanya perlu ajar anak solat tanpa perlu mengajar anak memburukkan ibu bapa. Lebih malang jika soalan ditanya di dalam kelas di hadapan kawan-kawan lain. Apa perasaan anak kecil jika ibu bapanya tidak solat? Begitu juga bila berhari raya, anak kecil bertandang ke rumah, maka ditanya;

“Ibu masak apa?”
“Bapa beli berapa baju raya?”

Bayangkan jika si ibu tak buat kuih, si ayah tak belikan baju, apa perasaan anak ini. Maka dibanding pula dengan anak-anak lain, anak jiran, anak sedara, anak sepupu, siapa ibu bapa lebih hebat siapa ibu bapa lebih bejat.

Anak mana bercuti paling jauh.
Anak mana tuisyen paling best.
Anak mana ibu bapa layan paling tak best.

Jangan tanya soalan yang mengundang jawapan yang mungkin tidak enak didengar jawapannya. Cukuplah tanya soalan umum.
Begitu juga bila anak saudara, cucu, cucu jiran, anak tok ketua habis ditanya;

Berapa ibu bagi duit raya?
Bapa solat terawih tak?
Bapa puasa atau tidak?
Dan lagi dan lagi.

Maka anak yang jujur menjawab seingat kepala mereka kadang bukan tepat pun jawapannya. Malah ada kala kita memperolok dan mempersenda ibu bapa si anak di hadapan mereka.

“Macam mana bapa kamu tak terawih”
“Emak kamu pemalas tak buat kerja”
“Emak kamu malas tak masak”

Macamlah yang bertanya tu baik sangat! Malah lebih menyedihkan si anak pula makin galak bercerita dan mengumpat keburukan ibu bapa akibat dorongan dewasa di sekelilingnya. Saya jika mendengar anak saya mula bercerita buruk tentang sesiapa sahaja, guru, jiran atau saudara maka saya akan kata: shussh!! Jangan mengumpat!

Haru orang dewasa zaman sekarang. Sudahlah suka mengumpat orang, anak kecil juga diajar mengumpat. Ingat sabda Nabi “Seorang Muslim ialah yang selamat Muslim lain dari kejahatan tangan dan mulutnya..” Kita masih belum Muslim sahabat. Mulut kita masih jahat. Ajar anak yang baik-baik. Kita tak layak pun sebenarnya jadi orang dewasa kerana gagal jadi contoh baik buat anak-anak.

Melainkan anda lihat ada tanda penderaan dan kecederaan pada anak kecil, maka barulah lakukan siasatan itupun dalam keadaan tertutup bukan di khalayak ramai, dalam kelas dalam majlis. Sekolah, majlis perayaan, keraian bersama-sama anak bukan medan mengumpat.

mengumpat

Foto: Smart Parents

*Allah selamatkan kami dari mazmumah…

Baca juga: 22 Peringatan Mesra Untuk Mak Ayah Yang Ada Anak Bakal Masuk Tadika, No.7 Wajib Buat Ya!

Sumber : ياسمين حناني محمد سفيان

Foto: Family Corner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×