Menggalas tugas sebagai ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Mana tidaknya, ramai dalam kalangan ibu bapa memilih untuk mementingkan urusan kerja sampai terlupa untuk habiskan masa bersama anak-anak. Perasan atau tidak, ada waktunya anak-anak menjadi lebih mengada-ngada dan anak kerap menangis? Itu merupakan antara tanda bahawa anak-anak sudah mula rindu kepada mak ayahnya..
Berdasarkan perkongsian dari Fhais Salim di laman Facebook, terdapat beberapa tanda lain yang boleh diperhatikan apabila anak-anak sudah mula rindu kepada belaian mak ayahnya. Jangan biarkan mereka menanggung rindu ini dalam tempoh yang lama kerana boleh memberi kesan buruk kepada minda.
Baca juga: Hukum Cium/Pegang Batu Hajar Aswad, Dr. Zulkifli Tegur Untuk Bezakan Perkara Wajib & Sunat
ANAK KERAP MENANGIS & MENGADA-NGADA, RUPANYA TANDA RINDUKAN MAK AYAH..
Antara tanda-tanda yang mak ayah boleh perhatikan jika ingin tahu bahawa si anak merindui anda adalah:
1.Dia dah mula tanya bila nak pergi hotel, ajak makan kedai atau ajak jalan-jalan. Tanda rindu nak habiskan masa dengan kita.
2.Mengada-ngada macam budak kecil. Dah boleh berdikari pun tapi nak minta tolong kita pakaikan baju, suapkan makan, minta sikatkan rambut. Anak rindu dibelai dan dimanjakan seperti anak kecil..
3.Tiba tiba boleh datang peluk, cium atau duduk sebelah kita. Ada yang sampai baring atas pangkuan. Rindu sentuhan mesra kita la tu..
4.Datang bawa mainan ajak main sama-sama atau datang bawa lukisan dia minta dipuji. Anak nak perhatian je ni, dapat perhatian lerailah rasa rindunya..
5.Ajak teman tidur. Ajak bacakan bedtime story. Ajak kita dodoi dia tidur. Nak move on tidur bawah ketiak kita bukan senang ya, ada anak rindu momen dia tidur sama-sama..
6.Ada anak dah mula cerdik akan tanya bila kita cuti. Tanya berapa hari lagi kerja atau sekolah. Tanda rindu nak luangkan masa dengan kita.
7.Dia mula cepat moody, kerap buat perangai atau sengaja cari pasal untuk perkara remeh. Dia nak perhatian je, bibit anak dah mula jadi attention seeker.
*Sedih bila anak-anak tidak dapat belaian dan kasih sayang yang sepatutnya dari mak ayah. Tinggal sebentar urusan kerja itu untuk layan si manja, bukan semua orang dapat peluang macam ini tau!
Baca juga: Jom Latih Anak Bermain Sendiri Guna 6 Teknik Ini, Nak Tinggal Sekejap Pun Senang!
Sumber: Mohd Fhais Salim