Nampaknya, tidak lama lagi ramai dalam kalangan anak-anak akan memulakan sesi persekolahan baharu untuk sesi 2024/2025. Bukan sahaja sesi persekolahan rendah dan menengah, tidak ketinggalan juga buat anak-anak yang bakal daftar tadika dan pra-sekolah, turut membuat persediaan.
Jadi, ada beberapa peringatan mesra untuk mak ayah mempersiapkan anak-anak yang bakal masuk ke alam tadika dan pra-sekolah ini. Maklumlah, ini merupakan pertama kali mereka ditinggalkan dalam tempoh yang lama bersama orang lain, oleh itu mak ayah mempunyai tugas yang besar untuk melatih anak-anak supaya mereka kekal berdisiplin di luar.
Baca juga: Siap Sedia Dari Segi Akademik, Mental & Fizikal Untuk Anak Masuk Darjah 1.. Elak Insiden ‘Terkucil’
ANAK BAKAL DAFTAR TADIKA & PRA SEKOLAH? INI PERINGATAN UNTUK MAK AYAH
Peringatan mesra ini khusus buat ibu ayah yang anak nak masuk tadika dan pra sekolah:
1. Jangan beli barang mahal. Beli yang murah supaya bila hilang mak tak mengamuk.
2. Beli pensil warna yang 12 batang supaya anak dapat belajar tentang warna dan lebih kreatif belajar mengadun warna .
3. Ajar anak pergi ke tandas dengan cara yang betul. Nak buka zip khususnya….tersepit nanti naya! Jangan pakai tali pinggang ye….berjam nak buka tali pinggan nanti.
4. Ajar anak tidur awal dan bangun awal di cuti sekolah supaya anak tak liat bangun awal ke sekolah.
5. Ajar anak minum air kosong dan jangan bawa bekal air manis ke sekolah.
6. Jangan bawa bekal Mcd / KFC / Pizza. Kalau nak bawa pastikan cukup untuk satu kelas makan.
7. Potong kuku anak….nanti dia cakar cikgu bila meronta nak balik .
8. Jangan beli beg sekolah atau alat tulis ‘vouge’ sangat nanti orang lain meragam nak juga orang punya .Kalau hilang….pastikan mak ayah jangan suruh cikgu cari .
9. Ajar anak jangan lap mulut pada lengan baju sekolah. Kalau mak rajin sental, tak apa.
10. Mak mak jangan jadi pengintip di tingkap. Lepas anak masuk kelas, sila balik. Kena percaya pada cikgu dan anak. Kalau rasa tak percaya, bawa anak balik rumah.
11. Jangan mesej cikgu tanya pasal anak masa waktu persekolahan, cikgu tak ada masa nak jawab. Jangan minta suruh post gambar anak.( Cikgu sah sedang dok bersilat dalam kelas pada minggu pertama )
12. Tulis nama betul anak pada semua barang termasuk kasut dan stoking. Nama betul, bukan boboboy !
13. Mula panggil anak dengan nama rasmi dalam surat beranak. Bukan adik abang manja lela segala.
14. Pesan pada anak….banyak kali dan ulang setiap hari bahawa dilarang menangis dan mengamuk di sekolah. Nanti cikgu tukar jadi gorilla.
15. Google tarikh persekolahan 2024. Semua tarikh ada. Ambil tahu bila sekolah buka macam kita ambil tahu sale shopping.
16. Jangan malu jangan segan untuk follow up tentang anak dengan cikgu. Nak tanya, Whatsapp terus cikgu pada masa sesuai.
17. Pastikan potong rambut anak dengan kemas tanpa ada rambut stylo atau warna kuning oren biru ungu ya….
18. Pastikan check suhu badan anak sebelum hantar ke sekolah. Pastikan anak sihat sewaktu datang ke sekolah. Jika anak sakit / demam, jangan sesekali hantar ke sekolah siap bagi bekal ubat pada cikgu. Jika betul-betul sakit minta sijil sakit pada doktor (jika perlu)
19. Jemput anak pada masa yang tepat. Jangan ambil kesempatan minta cikgu tunggu anak-anak kita. Urus pengangkutan anak dengan baik.
20. No toys… No barang kemas…Hilang cikgu tak wajib cari dan jangan Whatsapp cikgu suruh cari.
21. Jangan tolong anak bawa beg sekolah. Biar anak bawa sendiri. ( belajar berdikari )
22. Jangan tolong cari kasut anak . Biar anak cari sendiri dan mak ayah kena sabar tunggu anak pakai kasut sendiri.
*Inilah masanya untuk mak ayah latih anak-anak untuk berdikari sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan yang sebenar. Selamat berjaya!
Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’
Sumber: Bawang Channel via Kedah Kini
Fot0: Kiddy123.com