Famili

Wah! Meriahnya Ganjaran Yang Ada Di BookFest @ Malaysia 2024 Tahun Ni!

3
SHARES

Pesta Buku Tahunan, BookFest @ Malaysia 2024 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 6 hingga 14 April ini dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Kalau anda nak tahu, BookFest @ Malaysia 2024 ini sudah pasti menjadi destinasi utama bagi mereka peminat buku pelbagai genre terbitan Malaysia, Singapura, China, Euro-Amerika dan banyak lagi. 

Nikmati ganjaran yang ada di BookFest @ Malaysia 2024 Sempena Ulang Tahun ke-100 Kumpulan POPULAR!

Ha…sempena ulang tahun yang ke-100 untuk Kumpulan POPULAR dan BookFest @ Malaysia ke-18, pengunjung dapat menikmati pelbagai ganjaran terbaik seperti pemberian pelbagai baucar bernilai lebih RM100, hadiah menarik dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit, disamping POPULAR mengeluarkan Edisi Terhad Kad Keahlian POPULAR di BookFest @ Malaysia.

Jika berminat, anda boleh memperbaharui atau memohon semasa BookFest.  

Anda berpeluang untuk menang barangan menarik dan hadiah bernilai!

Selain buku yang menarik, BookFest @ Malaysia 2024 turut menawarkan 200 barangan lain dari alat tulis, gajet, produk teknologi tinggi sehinggalah makanan dengan penjimatan potongan harga sebanyak 80 peratus bagi ‘Daily Specials’. 

Sebanyak 300 hadiah yang bernilai lebih daripada RM30,000, termasuk RIINO R9 Super Cyclone Cordless Vacuum boleh dimenangi oleh pengunjung yang menyertai Peraduan Beli & Menang dengan pembelian RM100 dan ke atas dalam satu resit. 

Bukan itu sahaja, ada aktiviti menarik serta penghargaan untuk pengunjung setia yang ada disana!

BookFest @ Malaysia 2024 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Berita Harian – Anugerah Pilihan Pembaca (APP), The Star – Reader’s Choice Awards (RCA), bengkel seni, sesi demo memasak serta pertandingan turut diadakan khas buat pengunjung. 

Saban tahun, BookFest @ Malaysia pasti akan mengadakan Anugerah Pilihan Pembaca dan Reader’s Choice Awards buat penulis tempatan. 

APP dan RCA ini dilaksanakan demi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada  penulis-penulis tempatan dan karya-karya mereka untuk menghasilkan lebih banyak karya kreatif dan bermutu tinggi di Malaysia. 

Kali ini BookFest @ Malaysia menawarkan lebih daripada sekadar pesta buku.

Tahun ini merupakan tahun ke-14 penganjuran APP dan RCA bersama BH dan The Star. Kedua- dua anugerah ini merupakan usaha POPULAR untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Aktiviti BookFest @ Malaysia tidaklah terhenti di situ. Ibu bapa boleh mencungkil bakat anak-anak mereka menerusi pertandingan mewarna “Reading Together”, bercerita dan koir memandangkan pesta buku ini dijalankan sepanjang cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Sudah pasti aktiviti harian anak-anak ketika waktu cuti terisi dengan aktiviti yang menarik serta berfaedah. 

Tambahan pula, peminat karya penulisan pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk hadir berjumpa dengan penulis tempatan dan luar negara kerana sesi perkongsian penulis tempatan dan luar negara akan turut diadakan. 

Pengunjung diingatkan untuk membawa beg kitar semula agar alam sekitar selamat.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom nikmati tawaran menarik ini bersama!

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri BookFest @ Malaysia 2024 dan nikmati tawaran menarik bersama. 

Layari laman web rasmi BookFest@Malaysia 2024 , Facebook rasmi BookFest@Malaysia atau muat turun aplikasi POPULAR MY untuk maklumat lebih lanjut. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×