Nur

Mak Ayah Kumpul Duit Raya Anak & Bahagi Sama Rata, Jawapannya TIDAK BOLEH!

22
SHARES
cara kumpul duit

Sejak tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, timbul isu mengenai pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang dikatakan sedikit. Baru-baru ini timbul pula isu dan persoalan apabila ada ibu bapa yang menggunakan cara kumpul duit raya semua anak dan bahagikan secara sama rata. Boleh atau tidak kaedah sedemikian?

Perkongsian dari Ustaz Hafiz Al Za’Farani ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet apabila ada yang bersetuju dengan pendapatnya dan ada juga yang mengecam. Berikut merupakan jawapan kepada persoalan pembahagian duit raya anak ini sama ada dibenarkan syarak atau tidak.

Baca juga: “Sampul Nipis, Duit Sikit!”- Mak Ayah Kena Ajar Anak Jangan Hina Jumlah Duit Raya Diberi Orang

CARA KUMPUL DUIT RAYA ANAK & BAHAGI SAMA RATA ITU SALAH!

cara kumpul duit

JAWAPANNYA: TAK BOLEH

1. Setiap duit raya yang anak-anak dapat lebih atau kurang maka ia milik masing-masing.

2. Ibu bapa tidak boleh ambil hak abang untuk diberikan kepada adik supaya sama banyak kerana duit raya abang adalah hak abang. Duit raya adik adalah hak adik.

3. Mungkin ada yang berkata, kami telah maklumkan/minta izin kepada anak-anak untuk dibahagikan sama rata. Jawapannya tetap tidak boleh bagi anak-anak yang belum baligh kerana anak-anak yang belum baligh tidak mempunyai kelayakkan yang cukup dari segi syarak untuk membuat sebarang pengeluaran harta atau pelepasan hak hartanya seperti sedekah, hebah, memberi pinjam dan seumpamanya.

4. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh menyebutkan kanak-kanak belum baligh tidak sah melakukan tindakan mengeluarkan harta miliknya seperti hebah dan sedekah walaupun dengan izin ibu bapa atau wali.

5. Oleh itu, tindakan ibu bapa yang menyama rata duit raya anak-anak dengan mengambil hak anak yang lain adalah salah dan tidak sah dari sudut syarak.

6. Cadangan saya, jika mahu menyama rata duit raya anak-anak, guna duit sendiri untuk ditambah pada duit raya anak yang dapat kurang tersebut.

7. Jika duit raya anak dah tercampur dalam beg ibu, pertama asingkan mengikut sampul raya yang sama. Kedua kumpul duit raya daripada sampul yang tak sama. Ketiga, tambah duit ibu bapa bagi sama banyak nilai dengan duit daripada sampul yang tak sama tersebut. Terakhir, bahagi sama rata kepada anak-anak. Kaedah ini adalah ijtihad sendiri sahaja. Ambil jalan berhati-hati lebih baik daripada bermudah-mudah.

cara kumpul duit

Foto: Simpan Gold

*Kepada si pemberi duit raya, apa kata samakan sahaja jumlah duit yang ingin diberikan kepada setiap kanak-kanak? Kalau tak mampu, tak perlu beri pun tidak mengapa..

Baca juga: Tanda-Tanda Kucing Kesayangan Anda Akan Mati, Selamat Tinggal ‘Si Bulus’…

Sumber: Ustaz Hafiz Al Za’Farani 

Foto: Utusan.tv

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×