DIY & Kraf

Salah Transfer Duit Ke Akaun Bank Lain? Ini Cara Nak Dapatkan Semula Duit Dengan Selamat

34
SHARES
salah transfer duit

“Alamak! Salah transfer duit ke akaun siapa pula ni? Dahlah beribu-ribu aku nak masukkan duit tadi!”

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti di atas? Sudah pasti akan rasa gelabah, tambah pula duit yang dipindakan tersebut bernilai ribuan ringgit. Oleh itu, penting untuk anda semua tahu bahawa duit yang tersalah pindah tersebut boleh didapatkan semula dengan selamat.

Namun, anda perlu melalui segala proses yang disenaraikan supaya menjadi mudah dan paling penting, duit akan dapat semula!

Baca juga: Cara Halau Nyamuk Paling Cepat & Magis Dengan Hanya Guna SATU Bahan, Semua Mati!

SALAH TRANSFER DUIT KE AKAUN BANK? INI CARA NAK DAPATKAN SEMULA DUIT

salah transfer duit

Kalau tersilap transfer duit dekat orang lain, boleh dapat balik tak duit anda itu?

1. Buat report polis

Pergi balai dan beritahu bahawa anda nak buat report tersalah transfer duit. Bagi sekali info seperti:

Waktu transaksi berlaku
-Nombor akaun yang salah transfer
-Berapa nilai duit yang salah transfer
-Info-info lain yang berkaitan

2. Pergi cawangan bank yang anda guna

Jelaskan kepada staff bank tersebut dan minta untuk dapatkan balik duit anda tersebut.

3. Tunggu persetujuan pemilik akaun bank yang anda tersalah transfer 

Jika tuan kepada akaun tersebut bersetuju, dia kena datang ke bank dan kena isi borang khas yang disediakan. Macam mana pulak kalau orang itu tak nak pulangkan duit anda?

Satu satunya langkah yang anda boleh buat adalah bawa kes ini ke mahkamah. Kalau duit itu di bawah 5,000, kena isi borang tuntutan. Kalau lebih 5,000, kena guna lawyer. Biasalah, nak dapatkan balik duit bukannya senang. Jadi, kena pastikan check betul-betul sebelum transfer duit itu.

salah transfer duit

*Semoga dapat membantu!

Baca juga: DIY Perangkap Lipas Guna Campuran 2 Bahan Ini, Boleh Letak Dalam Rumah & Kereta

Sumber: Twitter @anisssurayaaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×