Nur

Hukum Cash Out Kredit E-Madani Kepada Bentuk Tunai/Simpanan Bank, Jangan Ambil Ringan!

1.2K
SHARES
HUKUM CASH OUT E-MADANI

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan cash out e-MADANI pemberian kerajaan. Walaupun bagaimanapun, hukum cash out e-MADANI kepada bentuk tunai atau simpanan bank menjadi tanda tanya ramai pihak.

Hal ini kerana adakah duit tersebut halal atau haram untuk digunakan? Jadi, sebelum anda memilih untuk melakukannya ikuti penjelasan lanjut mengenai perkara ini di bawah.

Baca juga: Doa Adik Beradik Boleh Diamalkan Setiap Hari, Semoga Sentiasa Bawah LindunganNya

HUKUM CASH OUT E-MADANI KEPADA BENTUK TUNAI

HUKUM CASH OUT E-MADANI

Ramai pihak yang mencari inisiatif untuk mengeluarkan kredit e-MADANI daripada aplikasi e-wallet kerana beranggapan itu lebih mudah untuk digunakan.

Cara yang dilakukan adalah penerima bantuan memindahkan wang yang dikreditkan dalam e-dompetnya kepada e-dompet penyedia perkhidmatan, kemudian wang tersebut akan dikreditkan ke akaun simpanan bank si penerima atau diberikan secara tunai. Namun, terdapat caj perkhidmatan yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan yang statusnya diragui masyarakat.

Petukaran e-MADANI kepada bentuk tunai atau bank simpanan itu telah termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak dan tidak boleh digunakan.

Menurut mazhab Syafi‘i, barangan ribawi adalah sebarang bentuk nilai mata wang dan makanan. Ia merangkumi mata wang secara tunai mahupun digital selagi mana mempunyai nilai yang diiktiraf masyarakat dan undang-undang.

Antara kategori riba yang mungkin berlaku dalam urusan pertukaran e-MADANI adalah seperti berikut:

1. Riba al-Fadhl 

Riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantiti sedangkan kedua-duanya daripada jenis item yang sama.

2. Riba al-Nasi’ah

Riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.

Sekiranya pemerintah mengeluarkan sebarang arahan atau larangan yang merupakan suatu kebaikan serta mendatangkan maslahat kepada rakyat, sama ada arahan tersebut disukai atau tidak, tambahan ia bukan perkara maksiat maka ia wajib dipatuhi.

Baca juga: Tingkatkan Nafsu Syahwat Dengan Jilat Kemaluan Isteri, Ini Penjelasan Menurut Pandangan Islam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×