Famili

Cara Nak Claim E-Madani RM100 Guna Touch ‘N Go E-Wallet, Berbaloi-Baloi

12
SHARES
CARA NAK CLAIM E-MADANI

“Nak RM100, macam mana cara nak claim e-Madani ni?”

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu berita gembira di mana RM100 akan dikredit secara one off kepada 10 juta rakyat dewasa. Pendaftaran dan tuntutan kredit akan bermula 4 Disember ini hingga 20 Februari 2024.

Mereka yang layak boleh menggunakan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-wallet seperti MAE, Setel, Shopee Pay dan Touch ‘n Go eWallet. Memetik laporan Buletin TV3, kerajaan telah memperuntukkan RM1 billion untuk program ini.

CARA NAK CLAIM E-MADANI RM100 GUNA TOUCH ‘N GO E-WALLET

CARA NAK CLAIM E-MADANI

1. Pergi buka aplikasi TnG e-wallet dan klik iklan yang ditulis “Ready to claim your e-madani”

2. Langkah seterusnya tekan verify now dan lengkapkan langkah yang diminta.

Verify now hanya akan keluar sekiranya anda pertama kali muat turun aplikasi TnG.

Jika sudah ada akaun sebelum ini, tiada perlu verify dan tunggu sehingga duit dikreditkan ke e-wallet TnG masing-masing.

Diharapkan pemberian RM100 ini dapat meringan beban masing-masing dan digunakan untuk tujuan yang memberi manfaat sahaja. Jangan sia-siakan.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia

– Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023

– Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023  atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.

Baca juga: Cara Buat Gambar AI Secara Percuma, Mudah & Comel Sangat!

Sumber: Facebook Azlina Ismail & Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×