Cara mohon kerja melalui Whatsapp perlulah beretika supaya menerima tanggapan pertama yang positif daripada syarikat. Jangan sesekali memohon kerja menngunakan bahasa pasar kerana ia tidak sesuai.
Jadi, pastikan ada 6 elemen penting seperti perkongsian di bawah bila mohon kerja menggunakan aplikasi Whatsapp. Barulah bakal boss tertarik. Betul tak?
Baca juga: 6 Warna Sesuai Dipakai Untuk Hadir Temu Duga, Kalau Pakai Confirm Dapat Kerja!
CARA MOHON KERJA MELALUI WHATSAPP, JANGAN MAIN HANTAR JE
Saya bagi tips, kalau nak apply kerja melalui Whatsapp kena buat macam ini:
1. Bagi salam
Contoh:
Assalammualaikum atau salam hormat
2. Perkenalkan diri dan asal
Contoh:
Saya Achmad dari Kota Kinabalu
3. Bertanya dan menyatakan niat
Contoh:
Boleh tahu syarikat tuan “Nama syarikat”, adakah sedang membuka peluang pekerjaan / ada kekosongan jawatan “Nama Jawatan”, Saya berminat untuk memohon jawatan pekerjaan tersebut.
4. Dokumen sokongan/supporting details
Contoh:
Berikut adalah Resume/CV saya untuk makluman dan pertimbangan daripada pihak tuan.
5. Nyatakan harapan
Contoh:
Saya harap melalui resume saya ini dapat peluang untuk pihak Tuan memanggil temuduga, saya bersedia berkongsikan apa yang saya mampu bantu syarikat untuk lebih maju ke depan.
6. Ucapkan terima kasih
Contoh:
Terima Kasih
Mudah kan? Bila nak dapatkan sesuatu pastikan kita berusaha dan minta elok-elok. Barulah bakal boss gembira dan tenang nak balas mesej.
Semoga artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: 5 Rahsia Cara Mohon Kerja Di LinkedIn, Baru Senang Nak Dapat & Berjaya Temuduga!
Sumber: Facebook Ds Chazy