Famili

5 Rahsia Cara Mohon Kerja Di LinkedIn, Baru Senang Nak Dapat & Berjaya Temuduga!

11
SHARES
MOHON KERJA DI LINKEDIN

Anda nak mohon kerja di LinkedIn tetapi tak tahu bagaimana? Jangan risau, ikuti panduan lengkap seperti di bawah yang dikongsikan oleh lelaki bernama Ikhwan.

Jelas Ikhwan, lima tips ini sangat penting dan ia akan lebih memudahkan proses pencarian kerja. Jangan sesekali memohon pekerjaan tanpa sebarang persediaan. Rugi!

Baca juga: Cara Guna Aplikasi Waze Untuk Set ‘Reminder’ Anak Dalam Kereta, Elak Kes Buruk Berulang!

CARA MOHON KERJA DI LINKEDIN, IKUT TIPS LELAKI INI

MOHON KERJA DI LINKEDIN

5 tips penting tersebut adalah:

1. Anda kena connect dengan decision maker. Bukannya gate keeper. Decision maker ini adalah hiring manager. Individu yang akan temuduga anda.

Gate keeper pula adalah HR manager dan tiada kuasa untuk memilih. Hanya ikut prosedur syarikat sahaja.

2. Selepas dah connect dengan decision maker, terus tegur mereka. Kalau rajin buat small talk dulu. Ini lebih selesa kepada decision maker. Tak adalah mereka rasa macam semacam. Tapi kalau niat kita betul dan terus tanya, pun boleh juga.

3. Selalunya decision maker dia tahu banyak info tentang manpower dan keperluan syarikat. Ini akan memudahkan proses temuduga. Jika mereka terus bagi email, ucapkan terima kasih dan sikap bersungguh untuk hantar e-mel

4. Pastikan sebelum hantar e-mel permohonan kepada syarikat berkenaan, semak dahulu CV agar tiada apa kesalahan dan segala maklumat penting ada ditulis. Jangan serkap jarang semata. Memang hiring Manager tak suka.

5. Akhit sekali, selepas selesai hantar e-mel, cuba follow up jika e-mel tersebut tidak berbalas. Berkemungkinan besar inbox mereka sudah penuh. Selalunya begitulah.

Selamat maju jaya dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Aktifkan Kunci Keselamatan Pintu Kereta Untuk Elak Perkara Tak Diingini Berlaku, Bahaya!

Sumber: IkhwanPK2022

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×