Suami Isteri

Ciri-Ciri Suami Baik Menurut Pandangan Islam, Jangan Pernah Lupa Buat 6 Perkara Ini

2
SHARES
CIRI-CIRI SUAMI BAIK

Setiap wanita pasti mengimpikan jodoh yang berhati mulia dan memahami. Ciri-ciri suami baik bukan terletak pada paras rupa sahaja tetapi perlulah mempunyai sifat seperti perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Sekiranya ada 5 ciri di bawah, pasti anda akan menjadi isteri paling bahagia di muka bumi ini. Jadi, para suami kena baca artikel ini ya.

Baca juga: Tak Dapat Anak Bukan Penghalang Kebahagiaan, Ini 7 Doa Dikurniakan Zuriat

CIRI-CIRI SUAMI BAIK MENURUT PANDANGAN ISLAM

CIRI-CIRI SUAMI BAIK

Suami yang baik adalah:

1. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri jadi merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara kita menegur itu kadang-kadang bunyinya kasar. Apabila suami berkasar, isteri akan menjadi bingung, takut, hiba dan memberontak.

2. Suami yang pemaaf. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

3. Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam ruma htangga. Sebut nama Rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

4. Dahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami hari ini yang masih lagi dahulukan kawan-kawan melepak. Terutama yang dah lama berumah tangga.

5. Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, semakin cinta bila bertambah usia, memberi perhatian, tenaga dan sentiasa meletakkan iman dan takwa sebagai teras nilai dalam rumah tangga.

Para suami, isteri adalah pelengkap hidup kita. Tanpa dia, kebahagiaan kita tidak lengkap dan hidup pasti rasa kesunyian. Pimpinlah isteri sampai syurga nanti ya.

Semoga ikatan yang dibina kekal hingga akhir hayat. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 2 Tanda Amalan Suami Isteri Diterima Allah & Rumah Tangga Dalam RahmatNya…

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×