Suami Isteri

Isteri Suka ‘Me Time’ Dalam Kereta Sendirian Jadi Rahsia Kebahagiaan Pasangan

24
SHARES
PENAT SEORANG ISTERI

Penat seorang isteri memang tiada tandingannya. Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan demi memastikan suami dan anak bahagia.

Menjengah ke laman Facebook milik Taufiq Razif, cara beliau menghargai penat lelah isteri adalah dengan memberikan me time mengikut keselesaannya sendiri.

Baca juga: Mommy Jangan Stres Sangat…Guna 10 Teknik Pakar Kongsi Ini Supaya Anak SUKA Makan!

PENAT SEORANG ISTERI BOLEH HILANG KALAU BAGI ME TIME

PENAT SEORANG ISTERI

Jelasnya, ketika si isteri tercinta penat melakukan kerja, dia akan bersembunyi di dalam kereta sambil bermain telefon atau membaca buku.

Tambahnya juga, beliau akan biarkan isteri di dalam kereta tanpa mengganggunya sehingga puas hati dan bertenang.

Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku dan saya akan biarkan je isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri 

Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam extrovert tapi dia ada sisi introvert dia. Semua orang pun macam itu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ini spektrum sebenarnya. 

Jadi saya akan biarkan je isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak-anak seharian. 

Sesekali.. Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian. Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya:

  • Masa untuk agama dan Pencipta
  • Masa untuk orang ramai
  • Masa untuk anak dan keluarga
  • Masa untuk pasangan
  • Masa untuk diri sendiri

Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak Anak Suka Belajar Tapi Kalau Mama Papa Buat 5 Perkara Ini, Memang Tak Akan Menjadi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×