Suami Isteri

Wanita Berkahwin Tidak Ada Masa Untuk Diri, ‘Ubat’ Penenangnya Suami Ringan Tulang

2
SHARES
ringan tulang

Suami yang ringan tulang memang didambakan kebanyakan isteri. Mana tidaknya, wanita selepas berkahwin majoritinya sudah tiada masa untuk diri sendiri. Sudah tidak hidup seperti bujang dulu kala.

Bila isteri hendak bersiap, anak sudah mula menginding. Bila nak lelap mata seketika anak pula merengek. Kemudian, santuni suami yang baru pulang dari kerja. Letih? Memang meletihkan, namun apakan daya sudah menjadi satu sebatian seorang wanita bergelar isteri.

Baca juga: Lepas Laluinya Sendiri, Wanita Ini ‘Respect’ Para Ibu Yang Berhenti Kerja Uruskan Anak-Anak!

RINGAN TULANG SUAMI UBAT PENENANG BUAT ISTERI

ringan tulang

Gambar: Firdaus Shakirin

Adanya suami ringan tulang sudah cukup mengubati keletihan pada isterinya. Bantu isteri memasak, buat kerja rumah, menguruskan anak-anak dan sebagainya. Beri peluang kepada isteri untuk memanjakan diri dengan spa juga sudah cukup memberi tenaga yang menyegarkan kepada sang isteri.

Begitulah perkongsian nasihat Firdaus Shakirin, kepada suami di luar sana.

Baca juga: Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya

Perasan tak… isteri bila dah kawin, bila dah ada anak, masa untuk diri sendiri pun dah tak ada.

Dah tak sempat nak bergaya macam bujang-bujang dulu. Pakai dan tangkap muat apa yang sempat saja. Make up ala kadar, letak yang asas-asas saja dan diri pun dah tak berapa nak wangi dah mcm dulu-dulu.

Sibuk nak siang ikan, sibuk nak memasak, sibuk nak buat kerja rumah, sibuk nak mengemas, sibuk dengan anak-anak…kejap lagi suami balik rumah, sibuk nak layan suami pula.

Bilalah nak ada masa untuk diri sendiri. Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan…

Ingatkan bila anak-anak dah tidur, suami dah tidur, bolehlah nak buat semua itu tapi bila letak sahaja kepala, sedar-sedar dah pagi. Berterusanlah hari ke hari macam  itu.

Baca juga: Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!

Baca juga: Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!

Suami mula ‘complain’ isteri tak cantik tapi tak pernah perasan tugas isteri di rumah

Esok-esok, lelaki bunyilah. Isteri dah tak cantik, isteri dah berubah bentuk, badan isteri dah tak macam dulu dan sebagainya. Tapi suami tak pernah perasan pula yang isteri itu rehat pun tak sempat, tak cukup…apatah lagi nak ada masa untuk diri sendiri, memanjakan diri sendiri.

Cuba dalam seminggu itu, bagi isteri off memasak jap dalam 2 hari. Tak kisahlah hari apa pun, tapi untuk hari itu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap. Lauk suami beli untuk sarapan, tengah hari dan malam.

Suami pula duduk rumah, tak keluar mana-mana. Suami uruskan anak-anak untuk sehari, ambil 1 pakej spa untuk isteri, 2 jam ke 3 jam ke suruh isteri pergi rehat dan relaks sana.

Saya pernah buat macam ini dan bila dia balik, dia full of energy. Dia dah reset and refresh diri dia, mental, fizikal dan emosinya. Isteri kita itu penat sebenarnya, tapi dia tak boleh rehat sebab kalau dia rehat, tak ada siapa yang nak buat kerja-kerja dia. Itu sahaja.

Baca juga: Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!

Sumber: Firdaus Shakirin

FT Image: zinkevych

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×