40 Minggu

Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

7
SHARES
GDM semasa hamil

GDM semasa hamil merupakan perkara tidak asing yang berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. GDM biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan.

Menurut Portal My Health, Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes semasa hamil merupakan keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Baca juga: 17 Tips Untuk Suami Bila Isteri Sedang Berpantang, Barulah Isteri Rasa Dihargai & Disayangi

GDM SEMASA HAMIL

GDM semasa hamil

Gambar: vision and eye health

Namun, menghidapi GDM semasa hamil bukanlah menjadi batu loncatan untuk suami meninggalkan isteri yang terpaksa menanggung beban itu seorang diri. Seharusnya, suami menjadi pemberi semangat dan mengharungi bersama isteri untuk bangkit melawan penyakit tersebut.

Baca juga: Mengikut Kajian Suami Curang Lebih CEPAT MATI & Ini Sebabnya, Awas Ya Abang!

Perkongsian hati seorang wanita yang tidak dikenali di laman X @meinmokhtar , baru-baru ini telah meraih pelbagai rasa simpati bercampur marah daripada netizen. Berikutan suaminya yang ingin meminta cerai setelah 3 tahun bernikah dengan alasan yang mengejutkan. Bagi penulis, ia tidak munasabah!

“Saya tengah sedih ni…suami cakap dah tak berminat nak teruskan perkahwinan. Tak ada angin tak ada ribut.

“Semua keperluan dia saya uruskan selayaknya dan kami baru 3 tahun nikah. Anak baru 5 bulan. Mulanya, saya ingat dia ada perempuan lain tapi alasan dia…buat saya terkejut,” tulis wanita misteri itu.

Luluh hati wanita 31 tahun itu, apabila suaminya ingin berpisah kerana dia menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setelah melahirkan anak mereka, 5 bulan lalu.

“Dia cakap saya tak sayang diri sendiri sampai kena diabetes umur 31 tahun. Dia cakap itu penyakit orang tua dan dia macam geli bila tahu saya sangkut diabetes.

“Yang dia tahu diabetes tak lama lagi kudung sana sini, penyakit orang kuat makan. Padahal dia sendiri tahu saya jaga makan macam mana. Dan saya tidak gemuk,” ulas wanita tersebut.

Baca juga: Anda Ibu Hamil Sangkut GDM? Ini Tips Kawal Makanan, Barulah ‘Clean’ Bacaan!

Suami tak teman buat pemeriksaan kandungan dan kemudian berprasangka

GDM semasa hamil

Gambar: Luahan wanita misteri di X @meinmokhtar

Tambahnya lagi, dia dimaklumkan oleh doktor bahawasanya dia menghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes semasa hamil.

Memandangkan suaminya tidak pernah menemani setiap kali membuat pemeriksaan kandungan, dia berusaha untuk menerangkan kepada suami tentang punca penyakit tersebut, malangnya tidak membuahkan hasil.

“Sebenarnya, saya sangkut diabetes (GDM) masa hamil. Mak ayah pula memang penghidap diabetes, jadi doktor cakap kadang akan sangkutlah semasa hamil.

“Kemudian, lepas bersalin buat ujian air gula, memang sah dapat diabetes. Penyakit itu tak nak hilang jadi saya kena hidup sebagai penghidap penyakit kencing manis.

“Sampai ke mati lah saya kena hidup dengan diabetes. Saya dah terangkan banyak kali tapi dia masih macam tawar hati. Entah-entah ada alasan lain kot?

“Sedihlah macam ini. Apa salah saya? Saya kena diabetes sebab mengandungkan anak dia juga. Masa buat pemeriksaan kandungan tak pernah nak teman, haaa inilah ceritanya sekarang…” ujarnya lagi.

Baca juga: Wanita Rangkul Anak Kecil Pakai Tiub Naik Motor, Buat Ramai Sebak!

Baca juga: TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

Reaksi bercampur baur dari netizen

Susulan itu, hantaran tersebut telah mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib wanita itu dan kesal dengan perbuatan si suami.

“Patutlah bod**, isteri pregnant tak teman jumpa doktor semua. Lepas itu, isteri sakit bukan kronik pun, ada hati nak jijik. Perangai bod** sombong dia tu lagi jijiklah,” komen seorang netizen.

“Lelaki kau ini akal cetek tu je boleh cakap. Teman isteri pun tak pernah pergi check-up. Lain kali pergi lah dengar sekali penerangan doktor pasal GDM tu. Tak pasal-pasal para lelaki hangin tau ishh,” marah seorang netizen lelaki.

“Alasan je tu sis. Saya pun kena GDM. Dua kali pregnant dua kali GDM. Husband yang tolong jaga makan saya. Itu alasan je dia nak bla, jadinya sis buat tak peduli dan bla. Semoga dipermudahkan urusan sis..” komen netizen lain.

“Boleh reverse sis, stop karbo semua itu. Saya pernah borderline. Saya stop gula, buah, tepung & karbo semua tu. Lebihkan protein, lemak sihat, sayur sedikit. Alhamdulillah bacaan gula saya normal, bp pun cantik,” kongsi seorang netizen tentang pengalamannya.

Baca juga: Urutan ‘Petik Mangga’ Suami Isteri, 9 Langkah Layanan Batin Yang Lebih Romantis!

Sumber: X – @meinmokhtar

FT Image: pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×