Didik

Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya Pemalas, Tapi…

2
SHARES
tanggungjawab suami

Tanggungjawab suami kepada keluarganya adalah suatu perkara yang besar. Dari sekecil-kecil hal hinggalah sebesar perkara, banyak peranan yang dimainkan termasuk menguruskan anak-anak.

Namun, tindakan suami yang rajin menjalankan peranannya ini bukanlah tanda bahawa dia dibuli dan isterinya seorang yang pemalas. Ia lebih kepada sang suami ini jelas dan tahu tentang kesulitan yang sering dihadapi wanita berbanding orang lelaki.

Oleh itu, mari ikuti kata-kata nasihat dari wanita ini yang berkongsikan pandangannya mengenai isu ‘suami dibuli dan isteri pemalas’, agar dapat memberi manfaat serta iktibar kepada semua.

Baca juga: Ibu Luah Rasa Kecewa Anaknya Autism ADHD Dilayan Kasar Ketika Beraya Sampai Kena Halau

TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA KELUARGA

tanggungjawab suami

Gambar: Annie Sukery

Terjumpa soalan ini, satu screenshot orang lain. Kaknie edit sikit buang nama penanya untuk mengelakkan umpatan buruk kepada beliau, cuma kita ambil sebagai iktibar.

Syukur Kaknie bukan adik ipar beliau. Kalau tak, mungkin yang dikutuk adalah Kaknie sendiri. Syukur ibu mentua Kaknie anak lelakinya ramai dan hampir semua jenis ringan tulang bantu isteri.

Baca juga: Lelaki Ini Pernah Ambil Pil Hormon Seawal Usia 13 Tahun, Berhenti Bila Payudara Membesar!

Bersyukur adanya suami yang ringan tulang dan tak merajakan diri

Wahai perempuan sekalian,

Hidup kita jangan sibuk menilai hidup orang lain. Kalau kita tak rasa nikmat seperti isteri lain, banyak-banyak bersabar dan muhasabah diri.

Alhamdulillah, keluarga sendiri dan keluarga mentua bukan jenis merajakan anak lelaki. Walaupun suami, mereka tetap mahir memasak di dapur, lincah urus anak-anak, ringan tulang urus hal rumah tangga.

Arwah papa Kaknie sendiri setiap kali Ramadan, anak-anak banyak rasa air tangan arwah berbanding masakan mama kaknie sendiri.

Arwah papa seorang guru sekolah swasta, pukul 3 petang dah ada di rumah. Mama pula penjawat awam yang pukul 6 petang baru sampai rumah.

Maka, arwah papa yang ambil tugas memasak. Macam-macam menu dibuat. Sedap. Tak kekok langsung dekat dapur. Mama balik hanya tanak nasi atau tumbuk sambal belacan sahaja.

Baju kerja dia gosok sendiri. Tak pernah suruh mama gosok. Banyak kerja rumah dia bantu. Sampai dalam hati Kaknie doa, kalau Allah bagi jodoh, bagilah yang rajin macam arwah papa.

Baca juga: Arwah Mak Ajar Kena Raikan Keluarga, Harta Benda Dah Beli Jangan Simpan Buat Tetamu Je!

Kesulitan seorang perempuan berbanding lelaki yang lebih mudah

Alhamdulillah. Allah makbulkan. Banyak bantu di rumah. Kalau kami travel balik kampung, suamilah yang urus kencing berak anak-anak kecil dalam perjalanan.

Kaknie? Tukang jaga anak-anak lain dalam kereta. Nampak macam rilek je kan? Sebab? Ramai tak fikir kesulitan seorang perempuan untuk urus hal najis anak.

Kudrat kita dan lelaki tak sama. Mereka boleh angkat anak 2 tahun sebelah tangan je. Incase kalau seluar terbocor ke apa.

Kita? Dengan tudung labuhnya, dengan stokin tangan, dengan seluar labuh. Kalau terpercik nak buat solat lagi. Leceh. Dan proses itu melambatkan pergerakan.

Orang lelaki ini senang. Lengan baju dah pendek, seluar boleh singsing sampai bawah lutut, pakai selipar boleh bilas kaki. Zup zap..setel.

Di rumah mentua pun sama. Ada aurat yang perlu dipelihara. Maka, memang tugas suamilah yang urus anak mandi dan bersuci.

Baca juga: Mulianya Wanita Berpendidikan, Belajar Tinggi Tapi Rendah Diri Masuk Dapur Demi Keluarga!

Bukan sebab isteri pemalas atau suami dibuli tetapi…

tanggungjawab suami

Gambar: shutterstock

Bila tugas itu dibuat suami, ia bukan sebab isteri pemalas atau suami dibuli, tapi itulah peranan sebenar suami dan keprihatinan mereka terhadap kesulitan si isteri. Sepatutnya, berbanggalah adik lelaki beliau menjadi suami yang qawwam dan ‘halim’. Bukan rasa sakit hati.

Sebagai perempuan, jagalah hati kita. Tutup mata melihat kelebihan orang lain. Iman dan taqwa kita ini banyak punah sebab rasa kita ini betul, orang lain salah. Hati kita ni mudah rosak sebab sering rasa kita ini elok orang lain tak elok.

Lagi-lagi hal rumah tangga orang lain. Dia laki bini nak tertonggeng terlentang pun biarlah. Asal dia dia bahagia. Mata kita ini ujian. Nak tengok sisi baik atau nilai sisi gelap.

Annie Sukery, yang penting kerjasama.

Baca juga: Ingat! Ini Antara Sebab Allah SWT Hantar Insan-Insan Yang Menyakitkan Hati Dalam Hidup

Sumber: Annie Sukery

FT Image: GettyImages

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×