Didik

Ingat! Ini Antara Sebab Allah SWT Hantar Insan-Insan Yang Menyakitkan Hati Dalam Hidup

18
SHARES
ujian hidup

Setiap hamba-Nya tidak akan lari dari ujian hidup. Tanpa anda sedar, setiap ujian yang diberikan terselit keindahan yang tidak disangkakan serta tidak terkira kebaikannya.

Perkara ini termasuklah, dikelilingi dengan insan-insan yang sering menyakitkan hati dalam hidup seseorang itu. Tapi, mengapa Allah SWT menghantar insan-insan sebegini dalam hidup anda? Mari selami nukilan yang dikongsikan saudara Aki Naszeri yang penuh dengan makna mendalam.

Baca juga: Arwah Mak Ajar Kena Raikan Keluarga, Harta Benda Dah Beli Jangan Simpan Buat Tetamu Je!

UJIAN HIDUP

ujian hidup

Sebab didatangai insan-insan yang menyakiti diri kita

Allah hantar dalam hidup insan-insan yang menyakiti kita supaya dapat belajar lembut hati untuk memaafkan. Tak kira besar mana masalah orang buat pada kita, kena belajar terima hakikat.

Jangan kita fikir doa laknat dan berharap kafarah daripada Allah SWT atas orang yang bersalah dengan kita. Mungkin kita sendiri yang banyak salah dengan Allah tapi tak sedar, mungkin seburuk-buruk manusia hadir hari ini sebab salah lampau kita dulu dengan orang lain.

Allah uji kita dengan keburukan keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak dan adik-beradik sendiri, sahabat kita sendiri. Allah hantar ujian macam ini, kadang ada buat silap dalam hidup kita dengan Allah.

Baca juga: Tidur Lepas Subuh Ganggu Keluarnya Hormon Kecergasan, Itu Yang Letih Siang Hari Berpuasa!

Baca juga: Jaga Adab Bila Orang Bawa Makanan Bau Kurang Enak, Jangan Sampai Terhina Rezeki Tuhan!

Allah akan terima taubat bila kita mampu maafkan orang lain.

اسمحوا يسمح لك

Artinya: “Maafkanlah, nescaya kamu akan dimaafkan oleh Allah” (HR: AT Thabrani)

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“(Orang-orang yang bertakwa yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang (selalu) menahan amarahnya, serta (mudah) memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali ‘Imran: 3:134)

Allah tarbiah hati kita, supaya jadi lembut hati dan memaafkan orang lain. Insha Allah, dekat akhirat kelak kita akan merasa keampunan daripada Allah.

Allah ‎‎‎سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah an-Nuur, ayat 22)

Wallahua’lam.

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Lipat Lengan Baju Atau Seluar & Status Solat, Ini Jawapannya!

Setiap manusia diuji dengan ujian yang setimpal dengan kudratnya

Tambah saudara Aki Naszeri di ruangan komennya lagi,

Setiap orang Allah uji dengan ujian yang setimpal dengan kudratnya,

  • Jika dia memang seorang yang bukan pemaaf Allah akan uji ia dengan ujian memaafkan orang lain
  • Jika dia jenis pemaaf Allah akan uji ia dengan ujian lain pula
  • Begitu juga dengan si tamak Allah akan uji ia dengan kemewahan, orang yang pemurah Allah akan uji ia dengan kemiskinan

Hidup ini bukan kena turuti nafsu kita tapi turuti kehendak Allah. Di mana sahaja Allah campakkan kita, kena belajar cari keredaan Allah dengan redai aturannya.

Hati kita ini macam besi, kalau jenis keras amat kena ngam dengan api dan tukulnya baru capai kelembutannya, kalau tak ngam dia tak jadi apa-apa.

Moga Allah ampunkan saya dan kalian yang membaca. Kita semua sedang diuji dan akan sentiasa diuji selagi mana nyawa tidak melepasi kerongkong, moga kita berjaya tempuhi setiap ujian yang mendatang.

Tak ada siapa yang hebat dalam ujian ketika diuji semua gagal, maka berharap dan berhajatlah hanya kepada Allah.

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Baca juga: Sengaja Batal Puasa Untuk Bersetubuh Di Siang Hari? Hati-Hati Anda Kena Bayar KAFFARAH!

Sumber: Aki Naszeri

FT Image: trtgulf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×