Perasan atau tidak, selepas mengambil wuduk terdapat segelintir individu yang terlupa untuk membuka lipatan atau gulungan pakaiannya seperti di lengan baju atau seluar dan terus sahaja mengerjakan solat. Maka, terfikirkah anda mengenai status solat tersebut sama ada sah atau tidak dan apakah hukum solat dalam keadaan melipat lengan pakaian?
Justeru itu, mari teruskan pembacaan anda mengenai hukum solat dalam keadaan melipat lengan pakaian.
Baca juga: Ini Hukum Guna Ubat Mata Ketika Berpuasa, Dah Tahu Baru Tak Ragu!
HUKUM SOLAT KEADAAN MELIPAT LENGAN PAKAIAN
Hukum solat dalam keadaan melipat pakaian
Melalui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah menegaskan bahawa bahawa hukum menggulung atau melipat pakaian ketika solat adalah makruh tanzih iaitu makruh yang tidak begitu berat.
Dan jika seseorang solat dalam keadaan sebegitu, solatnya adalah sah dan tidak perlu diqadha’ solat-solat yang lepas (solat yang dilakukan dalam keadaan melipat lengan baju atau seluar).
Baca juga: Profesor Kongsi Tips Latih Anak Berpuasa, Dari Usia 2 Hingga 12 Tahun Lain Kaedahnya!
Ia berdasarkan hadis sahih di bawah, yang diriwayatkan oleh dua orang imam iaitu al-Bukhari dan Muslim. Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةٍ، لاَ أَكُفُّ شَعَرًا وَلاَ ثَوْبًا
Maksud: “Aku diperintahkan untuk melaksanakan sujud dengan tujuh anggota, serta janganlah menahan rambut dan tidak juga pakaian (tahan daripada sujud).”
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya dan juga Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya. Di mana, status hadis ini tidak lagi diragui kerana ia telah disepakati akan kesahihannya oleh dua orang imam iaitu al-Bukhari dan Muslim.
Tambahan pula, status hadis seperti ini merupakan darjat yang tertinggi di dalam darjat-darjat hadis sahih. Selain itu, hadis ini juga diriwayatkan oleh ashab al-Sunan yang lain seperti Imam al-Nasa’ie dan Ibn Majah di dalam Sunan mereka.
Baca juga: Sengaja Batal Puasa Untuk Bersetubuh Di Siang Hari? Hati-Hati Anda Kena Bayar KAFFARAH!
Hikmah larangan:
Di antara hikmah larangan ini adalah bagi memastikan seluruh perkara tersebut turut sujud bersamanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Zakaria al-Ansari di dalam kitabnya Asna al-Mathalib.
Di samping itu juga, terdapat hikmah yang lain sebagaimana dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani iaitu:
وَالْحِكْمَةُ فِي ذَلِكَ أَنَّهُ إِذَا رَفَعَ ثَوْبَهُ وَشَعْرَهُ عَنْ مُبَاشَرَةِ الْأَرْضِ أَشْبَهَ الْمُتَكَبِّرَ
Maksudnya: “Hikmah pada perkara tersebut adalah apabila seseorang itu mengangkat pakaiannya atau rambutnya daripada tersentuh lantai (tempat sujud) maka ia seumpama orang yang takabbur (sombong).” (Lihat: Fath al-Bari, 296/2)
Baca juga: Panduan & Tips Cara Khatam Al-Quran Lebih Dari SEKALI Dalam Bulan Ramadan!
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
FT Image: PEXELS / 123RF