Bagi anda yang tidak tahu, maksud manipulatif adalah sifat seseorang yang mampu mempengaruhi dan mengawal orang lain. Sifat ini sangat bahaya terutamanya dalam rumah tangga kerana boleh menjadi punca penceraian.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman Facebooknya, seseorang yang bersifat manipulatif lebih mementingkan keuntungan dan tiada sifat empati.
Baca juga: Jangan Biarkan Suasana Di Rumah Muram & Sendu, Cuba Buat 7 Langkah Ini
INI MAKSUD MANIPULATIF, BAHAYA JIKA DIBIARKAN
Korang pernah tak kenal orang yang bersifat manipulatif’? Kadang-kadang dalam tak sedar, kita termakan kata-kata seorang ‘manipulator’.
Hanya dari pandangan orang luar sahaja yang dapat membantu menyedarkan kita akan hakikat ini.
Tanda anda memiliki sifat manipulatif adalah:
– Mahir dalam memujuk untuk dapatkan apa yang mereka mahu.
– Gaslighting untuk membuat seseorang berasa bersalah, dan meragui diri mereka sendiri.
– Kerap menipu untuk mempertahankan diri.
– Berpura-pura peduli kepada pasangan.
– Mengabaikan pendapat diri pasangan.
– Kurang empati.
– Sering menggunakan bahasa manipulatif.
– Sukar untuk pegang tanggungjawab.
Apa tindakan untuk manipulator?
1. Kenal pasti tingkah laku manipulatif
Selepas mengenalpasti ciri-ciri ini, anda boleh memberikan tindak balas yang berkesan.
2. Tetap tenang dan tegas
Apabila berinteraksi dengan pasangan anda, kekal tenang dan kawal perasaan. Elakkan pertengkaran ketika berkomunikasi.
3. Berkomunikasi secara terbuka
Berbual secara terbuka dan jujur dengan pasangan anda tentang tingkah laku mereka dan kesan tingkah laku ‘manipulatif’ mereka terhadap anda.
4. Dapatkan sokongan
Dapatkan nasihat daripada rakan yang dipercayai, ahli keluarga atau kaunselor untuk sokongan dan bimbingan.
5. Pertimbangkan kaunseling
Jika berlarutan, dapatkan kaunseling atau terapi pasangan.
Semoga anda semua dijauhkan dari sifat manipulatif sehingga boleh membolak-balikkan rumah tangga seseorang.
Baca juga: Pemohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025 Dibuka Bermula 2 Mei Ini
Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan