Suami Isteri

Suami Isteri Kalau Gaduh Jangan Lebih Dua Hari, Jika Lebih Itu EGO Namanya!

28
SHARES
SUAMI ISTERI BERGADUH

Kehidupan berumah tangga sudah pasti ada pasang surutnya. Suami isteri bergaduh merupakan perkara biasa dan tidak dapat dihindari. Namun, pergaduhan tersebut jangan dibiarkan berlarutan kerana boleh menyebabkan situasi lebih teruk.

Jadi, menerusi satu perkongsian di Facebook, ada satu nasihat boleh diikut oleh pasangan suami isteri. Hal ini supaya hubungan dapat dieratkan.

Baca juga: Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

SUAMI ISTERI BERGADUH JANGAN BIARKAN LEBIH DUA HARI

SUAMI ISTERI BERGADUH

Bergaduh dengan pasangan, limitnya cukup sehari semalam sahaja. Kalau lebih dari tu, itu tandanya ego.

Bergaduh pagi, petang baik balik. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.

Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain. Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.

Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang paling ego di dalam rumah itu.

Masing-masing ada ego dan kena tahu kegunaanya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri.

Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki itu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami. Bukan kena jadi ego tinggi, baru isteri hormat dan taat kepada kita.

Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan ego untuk memenangi apa sahaja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Percayalah, hubungan yang bahagia, harmoni, gembira, suami dan isteri kena tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan.

Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.

Bila ada sikap bertolak ansur, pasti kehidupan lebih gembira. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Biarkan Suami Tidur Dalam Keadaan Marah, Isteri Jangan Pandang Ringan…

Sumber: Fecbook Khairul Asyraf Lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×