Asuh

Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

70
SHARES
kanak-kanak autisme

Kanak-kanak autisme sudah tentunya mempunyai ragam tersendiri namun ia bukanlah satu penghalang buat Mohd Haffiz Supai untuk menunaikan umrah bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, dia ada memberi beberapa tips untuk ibu ayah yang ingin menunaikan umrah bersama anak autisme. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: 9 Cara Gembirakan Bayi Dalam Kandungan, No. 5 Kena Selalu Buat, Baru Baby Pandai!

5 TIPS BAWA KANAK-KANAK AUTISME PERGI UMRAH

kanak-kanak autisme

Alhamdulillah tumpang rezeki anak syurga ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).

Sedikit tips untuk yang nak ke sana bersama anak berkeperluan khas:

1. Maklumkam pada travel agensi dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita. Inform juga dalam group jemaah umrah takut ada yang tak selesa kalau anak dah mula buat drama.

2. Sila apply Butterfly Effect di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Percayalah, ia sangat membantu sewaktu di lapangan terbang nanti.

Antara servis yang ada, calm room waktu di lapangan terbang, servis buggy sampai ke last check point. Nak balik Malaysia pun nanti apply juga siap-siap.

Nanti akan ada pekerja KLIA yang tunggu selepas sahaja turun dari kapal terbang. Pekerja akan escort dan bawa sampai ke pintu keluar lapangan terbang.

Waktu dekat lapangan terbang Madinah, cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane. Alhamdulillah, atas pertimbangan pekerja airport, kami dapat checkin ikut barisan business class.

3. Kalau dapat pergi dalam keluarga besar, lebih baik kerana boleh bergilir-gilir untuk jaga anak di hotel. Dalam kes kami, saya bergilir dengan atuk dan nenek jaga Huwaina untuk turun buat umrah dan solat. Anak saya masih lagi tidak boleh bercakap dan sangat hyper.

4. Kalau ada trip ziarah, kaji dulu sama ada sesuai atau tak untuk bawa anak kita sertai sekali. Dalam hal ini, info dari mutawif sangat-sangat membantu.

5. Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya sebab ibu ayah sahaja yang betul-betul kenal anak kita macam mana. Tak mudah tapi tak mustahil.

Selain itu, Haffiz juga kongsikan beberapa pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menunaikan umrah ini antaranya adalah dahi anaknya sangat wangi selepas mandi menggunakan air zam zam. Jelasnya, bau tersebut bertahan sehingga beberapa hari.

Semoga bermanfaat dan segala urusan dipermudah.

Baca juga: Tiga Kata-Kata Orang Tua Tentang Bayi Yang Terbukti BENAR Oleh Sains

Sumber: Facebook Mohd Haffiz Supai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×