DIY & Kraf

Kena Buat 5 Senarai Kecemasan Ini Sebelum Berlaku Bencana, Penting!

Bencana alam merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan dan tanpa diduga. Justeru, kita dinasihatkan untuk sentiasa berwasapada dan menyediakan keperluaan untuk kecemasan dengan lebih awal.

Bagi anda yang baharu sahaja mahu mula menyediakan barangan kecemasan, berikut merupakan antara barang keperluan boleh disediakan seperti perkongsian pengguna Facebook Izan Ezrina Mohd Elias.

Baca juga: Cara Pack Beras Untuk Kegunaan Kecemasan… Lebih Jimat, Senang & Tak Kalut!

KENA BUAT 5 SENARAI KECEMASAN INI SEBELUM BERLAKU BENCANA

Jika ada yang bertanyakan “how to start prepping”, biasanya saya akan tanya soalan-soalan ni:

1. Risiko atau bencana yang berkemungkinan dihadapi

– Terputus bekalan air

– Blackout / terputus bekalan elektrik

– Diberhentikan kerja / hilang sumber pendapatan

– Kemalangan / kebakaran / rompakkan / pecah rumah

– Kematian dan bencana alam

2. Maklumat ahli keluarga

– Total family members untuk buat kiraan barang / peralatan / dan lain-lain

Contoh: sebulan perlukan 10kg beras untuk 5 ahli keluarga. Untuk simpanan 3 bulan perlu ada 30kg

– Jantina. Keperluan lelaki & wanita berbeza dari pelbagai sudut

– Keperluan khas ( sakit or allergy dll yang berkaitan)

– Perlu sediakan ubat tambahan

– Belajar / ambik tahu cara kendalikan keperluan khas

3.Lokasi tempat tinggal

– Ada atau tiada BOL

– Kenalpasti tempat tujuan

– Bug in or Bug Out

– Strategi & peralatan berbeza

– Threat atau ancaman dikawasan setempat (banjir, tanah runtuh dll)

– Ambil tahu sekitar kawasan rumah dlm 5-10 km radius (kedai, balai polis, bomba, klinik, tempat tinggi dll)

– Kenal pasti jalan-jalan yang boleh digunakan ketika kecemasan

– jangkakan ancaman-ancaman yang boleh berlaku dan cara utk mengatasi / menghadapinya

4. Set skills atau kemahiran yang ada

– Pertanian

– Penternakkan

– Seni mempertahankan diri

– Survival & bushcraft

– Perubatan & pertolongan cemas

– Kebergantungan terhadap diri sendiri

– Memanjangkan jangka hayat makanan dll yang berkaitan

5. Apa persiapan yang dah dibuat 

Dengan data-data ni anda dah boleh mula buat perancangan. Prepping bukanlah suatu trending tetapi merupakan gaya hidup/lifestyle dimana ianya adalah satu proses persediaan yang berterusan bagi preppers mempersiapkan diri secara fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan merosakkan rutin kehidupannya.

Prepping juga merangkumi persiapan dan persediaan untuk jangka masa pendek atau panjang bagi kecemasan peribadi, seperti kehilangan pekerjaan, bencana alam serta dalam keadaan cuaca buruk.

Dengan prepping atau bersiap sedia kita akan lebih optimistic dan tenang untuk menghadapi apa jua keadaan yang mendatang.
Diharap dapat membantu.

Sumber: Facebook Izan Ezrina Mohd Elias

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×