DIY & Kraf

Cara Pack Beras Untuk Kegunaan Kecemasan… Lebih Jimat, Senang & Tak Kalut!

9
SHARES

Seperti mana yang kita, bencana alam tidak dapat diduga dan boleh berlaku pada bila-bila masa serta menyebabkan kemusnahan harta benda dalam sekelip mata sahaja.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihati untuk menyediakan keperluan kecemasan terutamanya makanan kerana ia merupakan sumber tenaga. Justeru, berikut merupakan cara pack beras untuk kegunaan kecemasan. Baru tak kalut!

Baca juga: 6 Persediaan Menghadapi Saat Genting, Barulah Tak Kalut Last Minute!

CARA PACK BERAS UNTUK KEGUNAAN KECEMASAN

Kawalan infestation beras ni ada beberapa faktor, antaranya adalah udara (oxygen), suhu dan kelembapan. Kalau boleh cari cara untuk kawal faktor ni insyaAllah tahan lama.

Kutu beras ni boleh menyebabkan kerosakkan pada beras, after effect dari pembiakan dia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Kutu beras tak tahan suhu sejuk kurang dari -18°C dalam 3 hari dan tak tahan panas 55°C lebih dari 2 jam sebab tu ramai yang suggest masuk beras dalam peti sejuk dulu, then jemur supaya hilang moist, kemudian baru seal dalam apa-apa bekas yang tidak mudah berlubang.

Beras di vacuum seal, dimasukkan OA (oxygen absorber) dan disimpan di tempat yang rapi dan kurang fluctuation suhu, untuk kawal faktor tadi. Kehadiran oksigen dan perubahan suhu boleh memberikan environment yang condusive untuk pembiakan kutu tadi, kalau masih ada larvae kutu yang survive semasa food preservation process.

Tips ke 2:

1. Cari tapis, letakkan atas periuk/bekas dan masukkan beras secukupnya. Pastikan semuanya kering.

2. Gaul, ramas atau ayak. Kutu dan habuk-habuk akan jatuh ke takung. Beras yang dah diramas tu asingkan ke dalam bekas bersih lain.

3. Kutu dan habuk terkumpul. Beras yang terjatuh tu boleh diayak sekali lagi.

4. Makhluk perosak yang telah diasingkan.

5. Beras yang bersih boleh di repack. (Mylar dan O2 absorber, vacuum, botol mineral, freezer 3 hari etc)

6. Kalau nak guna pun tak perlukan banyak air untuk basuh sebab habuk dah buang siap-siap. Menjimatkan air sangat penting ketika bencana.

Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk antaranya:

1. Cili kering

2. Asam keping

Tips ke 3:

– Paling mudah boleh pakai plastik grainpro. Harga mahai sikit Rm35/sehelai. Ada 2 jenis RZ30 (ziplock – tapi boleh isi sikit je) dan RT69 (kena ikat).

– Plastik vac (Beli di Shopee)

Vacum sealer (ada macam-macam lagi jenis/brand, saya advice beli yang mahal sikit utk kegunaan lasak, apa-apa pun ikut kemampuan kita kalau tak dapat beli yang mahal)

Sumber: Facebook Mardziatul Irqin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×