Famili

6 Persediaan Menghadapi Saat Genting, Barulah Tak Kalut Last Minute!

49
SHARES

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, berikutan hujan berterusan semalam. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengesahkan kejadian itu dan kawasan dilaporkan dinaiki air sekitar Balai Polis Dang Wangi membabitkan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Kia Peng/Jalan Raja Chulan.

Jadi, bagi menghadapi saat-saat genting yang tidak disangka-sangka itu, apa kata anda cuba tips atau cara yang dikongsi oleh pengguna Facebook Aqilah Nor. Betul juga cara yang dikongsi itu, sangat berguna. Jom tengok!

Baca juga: Cara Buat Empangan DIY ‘Flood Barrier’ Dalam Rumah

6 PERSEDIAAN MENGHADAPI SAAT GENTING, BARULAH TAK KALUT

Persediaan menghadapi saat-saat genting. Contoh seperti ketiadaan bekalan elektrik beberapa hari, kemerosotan bekalan makanan, gangguan bekalan air. Ada beberapa langkah awal boleh kita lakukan dari sekarang.

Untuk langkah pertama, rancang keperluan makanan selama 2 minggu (Selepas sempurna 2 minggu punya keperluan, kita akan pergi ke tempoh 1 bulan diikuti 3 bulan)

Untuk orang dewasa yang masih kuat dan sihat, Insyaallah berpuasa tiada masalah tetapi, kita perlu memikirkan nasib anak kecil dan warga emas juga mereka yang kurang sihat.

1. SUKAT KEPERULUAN BERAS

Mulai harini sukat berapa banyak keperluan beras sehari untuk seisi rumah. Jika boleh dijimatkan itu lebih bagus. Kemudian, dah dapat anggaran amaun beras sehari, anda darabkan untuk 14 hari.

Contoh:

Sehari memasak nasi 300g x 14 hari = 4,200g = 4.2kg beras.

Untuk menyimpan beras dalam tempoh yang lama, anda boleh simpan secara pek kecil mengikut keperluan harian 300g tadi dan vakum kan demi mengelakkan ancaman serangga atau haiwan perosak.

Jangan lupa di antara makanan sunnah yang bantu membekalkan tenaga segera dan berpanjangan adalah kurma.

2. LAUK

Mungkin selama ni kita makan 3-4 lauk. Selepas ni kena catu kepada 1 jenis lauk. Makan sekadar untuk melapik perut dan bekalan tenaga.

Di antara idea lauk: makanan dalam tin seperti sardin, rendang tin, serunding, ikan bilis. Sekarang banyak pilihan lauk di dalam tin. Jadi, pandai-pandailah pilih nak menu apa.

3. AIR

Keperluan air minum penting. Untuk masa terdekat, idea membeli air minuman/mineral adalah terbaik. Sehari kita tak dapat minum air boleh menyebabkan dehidrasi.

Kalau 3 hari, boleh membawa kepada kematian. Keperluan air minum bagi seorang dewasa 2.5liter/hari. Bab air ni, memang perkiraan sebaik mungkin bagi seisi keluarga. Cara penyimpanan air terbaik kalau buka internet segala ruang di dalam rumah akan dimanfaatkan hatta di bawah katil.

Jangan dilupa juga bekalan air untuk bersuci. Kena ada tong menyimpan air. Waktu getir, cara membersihkan diri, cara mencuci peralatan semua kena ubah kepada cara berjimat cermat.

4. SUMBER BEKALAN API

Lilin, mancis, lighter, solar panel, arang diantara benda yang paling bernilai ketika ketiadaan bekalan elektrik. Kalau dapat sediakan dapur portable seperti orang pergi camping bersama gasnya juga molek sebagai alternatif andai kehabisan bekalan gas dapur dan kesukaran untuk mendapatkannya.

5. BEKALAN UBAT

First Aid Kit perlu lengkap. Kemudian ubat-ubat yang biasa diperluka. Untuk sakit perut, pening kepala, loya, muntah, demam dan sebagainya.

6. BARANG KEPERLUAN DIRI

Di antaranya, ubat gigi, syampu, sabun. Boleh dah dari hari ini kita mula berjinak-jinak dengan kayu sugi. Yang untuk wanita, boleh fikirkan alternatif kepada ‘pad pakai buang’.

Mungkin boleh belajar menggunakan cloth pad dan menstrual cup. Untuk yang anak memakai lampin pakai buang’ juga mungkin memerlukan alternatif yang lebih baik.

Setakat itu sahaja ringkasan info untuk membuat persediaan awal. Jangan panik tetapi menyusun langkah strategik. Elakkan belian panik tetapi membelilah dengan terancang.

Sumber: Facebook Aqilah Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×