Famili

Cara Buat Empangan DIY ‘Flood Barrier’ Dalam Rumah

77
SHARES

Rakyat Malaysia semakin berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan banjir setelah beberapa amaran banjir ada dikeluarkan sebelum ini. Hal ini sudah tentunya merisaukan mangsa banjir yang sebelum ini mengalami kerugiaan teruk kerana rumah dipenuhi dengan lumpur.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi, terdapat perkongsian daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Seri Dewi Amin yang boleh dicuba untuk menghalang air banjir masuk ke dalam rumah. Semoga bermanfaat dan berguna.

Baca juga: Cara Buat Benteng Air, Kurangkan Kesan Air Banjir Masuk Rumah!

CARA BUAT EMPANGAN DIY, FLOOD BARRIER DALAM RUMAH

Jelasnya, flood barrier ini digunakan di rumah bonda dihasilkan oleh tukang besi. Apabila hujan rumah tidak dimasuki air dan hanya perlu dibersihkan kesan lumpur serta kotor di bawah flood barrier.

Saya nak share. Ini Flood barrier dekat rumah mak saya, kami minta tukang besi buatkan. Sebab bila hujan lebat sangat-sangat longkang belakng rumah penuh, rumah mak akan jadi mangsa air bertakung and banjir kilat. Jenuh la hai nak bersihkan even air paras buku lali sahaja.

Sejak musim banjir datang banyak kali saya nampak orang share gambar flood barrier dari google. So here in real kat rumah mak saya. Sejak pasang ni, alhamdulillah. Air tak masuk. Cuma bahagian bawah tu air masuk jadi lecak sahaja so bila air kering boleh mop kan sahaja. Tak penat mana.

Masa minta tukang besi buatkan, saya cakap minta buatkan penghadang air konsep macam kat empangan. Dia boleh tarik and boleh tutup. Tunjuk juga gamabr ehsan google. And came out the result tukang besi buatkan macam gini.. Alhamdulillah. Sangat membantu.

Flood barrier ni, boleh install kat rumah yang selalu banjir manja manja je, macam setakat 1-3 kaki.. instead buat bongol depan pintu rumah tak cantik, so boleh la buat begini. Sekian perkongsian saya. selamat mencuba.

Sumber: Facebook Seri Dewi Amin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×