Famili

Cara Buat Benteng Air, Kurangkan Kesan Air Banjir Masuk Rumah!

4.8K
SHARES

Situasi banjir melanda di Lembah Klang serta Pahang membuatkan penduduk di negeri lain lebih berhati-hati dan waspada dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Bagi mereka yang pernah dilanda bencana ini, sudah tentu tahu kesan dan kotoran air banjir masuk ke rumah sangat merumitkan.

Jadi, bagi mengelakkan rumah anda dimasuki air banjir, boleh guna cara yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Radzi Ghani di laman Facebook. Walau bagaimanapun, cara ini hanya sesuai digunakan untuk banjir 1 hingga 2 kaki tinggi sahaja. Selamat mencuba!

Baca juga: Ini Cara Kongsi Koordinat Guna Google Maps Jika Terkandas Dalam Banjir

CARA BUAT BENTENG AIR, KURANGKAN KESAN AIR BANJIR

Pada mangsa-mangsa banjir dan mereka yang duduk dikawasan berpotensi banjir sedikit perkongsiaan dari saya untuk persediaan banjir di masa akan datang.

Jika anda nak kurangkan kesan air banjir masuk kedalam rumah anda. Dalam gambar tu cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah (agak sesuai bagi banjir yang tak besar dan bawah dari paras ketinggian 2 kaki )

Peralatan asas perlu ada: 

1. Plastik (paling best plastik biru yang jual dekat hardware sebab tebal & murah)

2. Batu bata (ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak letak)

3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam & luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)

Plastersin belah dalam pintu kayu. Semua pintu perlu buh plastersin belah dalam dan luar bagi benteng ke 3 selepas batu bata & plastik. Fungsi plastersin nak sekat air yang jerap dan melepasi benteng batu bata & plastersin.

4. pump air tujuannya untuk sedut air jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih-lebih lagi diruangan bilik air.)

Submersible water pump yang harga RM150 ke bawah yang ni. Jika ada sangat bagus tapi kalau tak ada pun tak apa jika tak cukup bajet. Sebaiknya standby satu dekat rumah jika rumah anda memang ada potensi naik air.

Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.

Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja. Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.

Sumber: Facebook Radzi Ghani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×