Asuh

Tiga Kata-Kata Orang Tua Tentang Bayi Yang Terbukti BENAR Oleh Sains

23
SHARES
NASIHAT ORANG TUA

Nasihat orang tua tentang kehidupan sememangnya boleh diguna pakai kerana pengalaman mereka lebih ‘mahal’ dan berharga. Hal ini seperti perkongsian di laman Facebook Baby Language di mana terdapat beberapa kata-kata orang tua mengenai bayi terbukti benar oleh sains.

Sebagai ibu bapa, tidak salah untuk menerima nasihat orang lain kerana setiap bayi itu mempunyai ragam tersendiri. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Jenis-Jenis Terapi Untuk Kanak-Kanak Autisme, Boleh Tingkat Kemahiran Diri

3 NASIHAT ORANG TUA TENTANG BAYI YANG TERBUKTI BENAR

NASIHAT ORANG TUA

1. Anak meragam tanda nak pandai sesuatu

Saints neurologi sahkan, tanda anak sedang alami fasa perkembangan mental adalah anak mula berperangai 3C: crying, cranky (bad mood) & clingy (tak mahu berenggang).

Hal ini berlaku kerana anak mula jadi panik atau ‘struggle’ nak fahamkan pengetahuan baru yang otaknya dapat. Buat pengetahuan ibu bapa, si kecil ada 10 fasa perkembangan mental sepanjang 2 tahun pertama usia mereka.

2. Jangan sakat anak berlebihan sebelum tidur, nanti mengigau

Nasihat orang tua di atas sering kali kita dengar dan itu merupakan satu perkara yang betul. Hal ini kerana fasa tidur ringan (REM) dikenali juga sebagai alam mimpi dan pemprosesan maklumat.

Fasa ini anak akan ulang kaji pelajaran (input) yang dia dapat semasa berjaga. la juga, alam ‘flashback’ kejadian yang berlaku semasa berjaga.

Jadi, menyakat anak berlebihan sebelum tidur boleh memberi input baru untuk anak proses masa tidur.

3. Anak yang laju kaki, lambat mulutnya

Lambat bukan bermaksud delay perkembangan tetapi cuma perbandingan masa kejadian. Ini kerana anak tak boleh mahirkan semua hal dalam satu masa.

Jadi, anak yang cepat mahir skil fizikal seperti merangkak dan berjalan selalunya lambat sikit pandai bercakap. Manakala, anak yang cepat pandai cakap, lambat sikit pandai merangkak dan berlari.

Umumnya, anak-anak akan ambil masa mahirkan diri untuk kuasai sesuatu skil sebelum beralih cuba kuasai skil lain. Misalnya kuasai skil berjalan dahulu sebelum bercakap.

Yang betul kita raikan, yang tak tepat, kita bantu betulkan.

Baca juga: Jangan Biarkan Si Manja Menangis Tanpa Didukung, Boleh Ganggu Perkembangan Anak

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×