Asuh

Jenis-Jenis Terapi Untuk Kanak-Kanak Autisme, Boleh Tingkat Kemahiran Diri

22
SHARES
JENIS TERAPI AUTISME

Masalah autisme yang dialami oleh kanak-kanak sememangnya tidak dapat dihilangkan sehingga tua. Namun, ciri-ciri kebiasaan dapat dikurangkan dengan menjalani beberapa jenis terapi autisme secara berkala.

Terdapat beberapa jenis boleh dilakukan seperti perkongsian di bawah. Ibu ayah boleh dapatkan nasihat pakar sebelum melakukan sebarang terapi.

Baca juga: Bimbang Anak Tak Fokus Bila Kelas Terlalu Ramai & Padat, Ini 5 Cara Ibu Ayah Boleh BUAT

JENIS TERAPI AUTISME BOLEH BANTU KEMAHIRAN SI KECIL

JENIS TERAPI AUTISME

1. Terapi sensori

Kanak-kanak autisme juga boleh mengalami gangguan deria. Ada yang terlalu sensitif kepada cahaya, bunyi atau sentuhan.  Aktiviti untuk kanak-kanak autisme yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu terapi deria adalah dengan menggunakan span atau berus ketika mandi.

Selain itu, boleh juga menyuruh anak untuk menghidu aromaterapi agar kemahiran sensori menghidu bau dapat dipelajari.

2. Terapi perkembangan

Perkembangan kanak-kanak yang mengalami autisme sememangnya agak lewat berbanding budak lain. Ibu ayah boleh cuba menyuruh si kecil memakai pakaian sendiri atau mengikat tali kasut supaya kebolehan sosial dapat ditingkatkan.

3. Terapi Applied Behavioral Analysis (ABA)

Terapi ABA adalah rawatan yang memfokuskan pemahaman dan pengubahsuaian tingkah laku anak terutamanya yang mempunyai spektrum autisme atau keperluan pembelajaran berbeza.

Terapi ini tertumpu kepada tingkah laku untuk memperkuatkan kemahiran menerusi beberapa teknik mengikut kebolehan individu.

4. Terapi tingkah laku

Terapi tingkah lalu bertujuan untuk mengubah perangai anak supaya tidak negatif. Terapi ini mempunyai pelbagai teknik agar si kecil memberi perhatian sepenuhnya.

5. Terapi pertuturan

Bagi meningkatkan kemahiran berturut, ibu ayah boleh cuba memberikan terapi pertuturan kepada anak. Terapi ini akan mengajar si kecil cara berkomunikasi dengan orang lain.

Terapi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi agar dapat membantu kanak-kanak memperbaiki bahasa dan kemahiran mereka.

Terapi ini akan membantu kanak-kanak autisme memahami peraturan sosial, mengenali ekspresi wajah dan cara berinteraksi.

6. Terapi bermain

Kanak-kanak autisme mempunyai cara bermain yang berbeza berbanding kanak-kanak lain. Mereka mungkin akan menumpukan pada sesetengah bahagian mainan sahaja seperti roda dan bukannya keseluruhan mainan. Biasanya mereka juga tidak mahu bermain dengan kanak-kanak lain.

Kanak-kanak autisme memerlukan bantuan semasa bermain. Dengan terapi bermain, kanak-kanak boleh mengamalkan kemahiran sosial dan komunikasi.

Jadi, sekiranya anak anda mengalami masalah autisme, boleh cuba terapi yang disenaraikan di atas.

Baca juga: Jangan Marah Kalau Anak Tak Tahu Tolak/Tambah Dalam Matematik, Cuba Sistem Pranombor Ini

Sumber: Klik Dokter & Fit In

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×