“Sakit kepala dengan migrain sama ke?”
Sakit kepala biasanya berlaku disebabkan oleh stres, kurang tidur, pemakanan yang tidak sihat dan terlebih pengambilan kafein.
Migrain pula adalah bersifat episodik. Sakit yang dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut, menyebabkan rasa loya, sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau.
Baca juga: Syahwat Dari Belakang? AWAS, Ini Risiko & Bahayanya, Jangan Dibuat Main!
SAKIT KEPALA & MIGRAIN SAMA KE? INI JAWAPANNYA
Terdapat 3 jenis sakit kepala iaitu:
1. SAKIT KEPALA STRES
Kesakitan akibat sakit kepala stres biasanya bermula di belakang dan merebak ke bahagian hadapan kepala. Keletihan, stres dan kelaparan sering menjadi punca sakit kepala.
2. SAKIT KEPALA SINUS
Ia disebabkan oleh bengkak pada saluran sinus, mengakibatkan sakit di belakang pipi, hidung dan mata. Kesakitan yang paling teruk adalah ketika bangun pagi.
3. SAKIT KEPALA CLUSTER
Ini bermakna ia boleh berlaku setiap hari (biasanya pada masa yang sama) akibat pembebasan serotonin dan histamin.
FASA MIGRAIN
Berbeza pula dengan migrain kerana terdapat beberapa fasa. Namun tidak semua orang mengalami migrain dengan setiap satu fasa tersebut.
– FASA PRODROME
Kadang-kadang dipanggil fasa pra-sakit kepala, peringkat ini mempunyai gejala tidak menyakitkan dan hanya berlaku beberapa jam sahaja. Ini termasuk perubahan mood dan selera makan.
– FASA AURA
Aura merujuk kepada gangguan deria yang berlaku sebelum atau semasa migrain. Aura boleh menjejaskan penglihatan, sentuhan atau pertuturan seseorang.
– FASA SAKIT KEPALA
Aktiviti fizikal, pendedahan kepada cahaya, bunyi dan bau boleh menyebabkan migrain bertambah teruk.
– FASA POSTDROMAL
Fasa terakhir adalah apabila rasa sakit telah berkurangan. Biasanya, anda mungkin akan berasa letih dan tidak sihat semasa fasa ini.
PUNCA BERLAKUNYA
Antara punca migrain adalah:
- Peralihan hormon
- Alahan
- Sejarah keluarga dan genetik
- Persekitaran
Manakala, sakit kepala boleh berlaku disebabkan oleh:
- Stres
- Ketegangan otot
- Masalah gigi atau rahang
- Diet
- Masalah mata
- Ubat-ubatan
- Bunyi bising
Dapatkan rawatan doktor sekiranya sakit berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Jangan biarkan.
Baca juga: Ini 15 Pengganti Gula Selain Madu, Memang Bagus Untuk Kesihatan
Sumber: Penn Medicine, Better Health & TikTok Dr Yusuf