Sihat

Syahwat Dari Belakang? AWAS, Ini Risiko & Bahayanya, Jangan Dibuat Main!

20
SHARES
seks anal

Seks anal (dubur) atau biasa dipanggil liwat ini bermaksud persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur/punggung.

Dalam islam, hukum liwat adalah haram dan berdosa besar kerana perbuatan ini lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Jadi, di bawah ini merupakan beberapa risiko jika melakukan seks anal.

Baca juga: Wanita Kena Tahu Petua Hilangkan Keputihan Tanpa Guna Ubat, Penting!

RISIKO SEKS ANAL MEMANG BAHAYA, JANGAN SESEKALI CUBA

SEKS ANAL

1. POSISI SEKS PALING BAHAYA

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), liwat adalah jenis seks yang paling berisiko untuk dilakukan. Bahaya yang paling utama adalah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV sangat tinggi.

Hal ini demikian kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat nipis, maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV, HPV, dan penyakit kelamin (STD) lain.

2. DUBUR BOLEH TERKOYAK

Walaupun koyakan dubur kadangkala dipandang enteng dan kebanyakan STD dapat dirawat, namun kesan koyak pada kawasan ini berpotensi menjadi ‘sarang’ pembiakan bakteria dan memudahkan bakteria memasuki saluran darah.

3. KANSER DUBUR

Disebabkan dubur mempunyai selaput yang nipis, ia lebih cenderung untuk terkoyak dan terdedah kepada STD. Salah satu STD yang dikaitkan dengan kanser mulut, serviks dan dubur adalah virus papilloma manusia (HPV)

Menurut Dr. Jill McDevitt, HPV biasanya menghilang sendiri tetapi dalam beberapa kes ia mengakibatkan kanser dubur.

4. NAJIS YANG TERPALING PUNCA JANGKITAN LAIN

Seperti yang kita sedia maklum, dubur menjadi saluran langsung ke usus. Pastinya, usus adalah ‘rumah’ bagi najis, kan?

Sudah jelas lagi nyata menunjukkan seks melalui dubur ini merupakan aktiviti seksual yang cukup berisiko dan boleh mengundang mudarat terhadap kesihatan.

Semoga bermanfaat dan jangan sesekali cuba posisi seks ini.

Baca juga: 8 Bahagian Tubuh Isteri Yang Suami Suka, Ini ‘Kawasan’ Untuk Erat Kasih Sayang!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×