Ada sebab mengapa Allah SWT melarang dan mengharamkan persetubuhan dilakukan melalui bahagian dubur atau bahasa mudahnya seks dubur.
Menurut penjelasan seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Erna Nadia, kawasan dubur adalah berkulit nipis. Jadi, apabila berlakunya penetrasi, ia mudah mendapat luka dan penyakit kelamin seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) yang disebabkan oleh virus HIV.
Baca juga: Jangan Terkejut Bila Darah Haid Warna Hitam, Sebenarnya Normal TAPI Ada Punca Yang Bahaya!
SEKS DUBUR LEBIH BERISIKO AIDS
“Doktor, kenapa kalau hubungan melalui dubur ini lebih berisiko dapat penyakit kelamin, HIV, AIDS?”
Kawasan dubur mudah terluka
Dubur adalah bahagian yang lebih tak bersih berbanding bahagian hadapan. Tambahan, buang air besar pun dari dubur.
Kawasan dubur juga kulitnya lebih nipis dan Allah SWT tak jadikan fungsi ‘self’ bersih di bahagian dubur. Kawasan tersebut berkulit nipis dan tak ada fungsi ‘self cleaning’ seperti faraj, jadi bila penetrasi berlaku di kawasan tersebut, ianya mudah luka.
Luka di kawasan tersebut sangat mudah menjadi lebih teruk dan boleh merebak ke bahagian rektum pula. Kawasan itu kalau luka, memang jenuh nak sembuh sebab kawasan gelap, berwap dan tidak ada pengudaraan yang baik.
Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti
Dapat penyakit kelamin
Dan jika seseorang dijangkiti HIV atau penyakit kelamin lain macam sifilis dan gonorrhea, kuman ini sangat laju pergi ke bahagian atau organ lain.
Cecair di dalam rektum ini sangat tinggi dengan imuniti. Maknanya kalau ada kuman HIV yang masuk ke dalamnya, ia ini jadi cepat nak membiak dan semakin banyak.
HIV ini awal-awal tak ada simptom pun tapi ianya boleh berada di dalam badan sampai 5-10 tahun barulah nampak tanda-tandanya.
Jika sering bertukar pasangan, lagilah cepat semua kuman jahat ini membiak-biak dan bercampur. Orang yang ada HIV akan mudah untuk dapat sifilis, gonorrhea, hepatitis b dan penyakit kelamin lain.
Disebabkan itu, Allah pesan lama dah pada kita yang bahagian dubur adalah haram. Setiap larangan Allah pasti ada sebabnya bukan saja-saja.
Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!
Ambil ibrah dari kisah kaum Nabi Luth AS
Pada saya salah satu ibrah kenapa kaum Nabi Luth AS dimusnahkan semuanya adalah mungkin nak menghapuskan golongan ini dari semakin merebak dan dalam masa yang sama memutuskan rantaian penyakit kelamin ini dari semakin bermaharaja lela.
Belajarlah dari sejarah dan sirah.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustai?”
Ayat 13 Surah Ar-Rahman ini Allah SWT ulang 31 kali. Pasti ada sebabnya juga.
Maksud self cleaning:
Saja nak bagitahu yang bahagian faraj manusia, Allah SWT cipta elok dah bagi fungsi ‘self cleaning’ di kawasan faraj. Ia sama macam di telinga.
Maknanya bahagian-bahagian ini akan keluarkan sendiri jika ada kotoran sebab itu tak perlu korek telinga dan tak perlu korek faraj. Jika korek juga, akan mendatangkan lebih mudarat dan mengundang kuman.
Baca juga: Cara Mohon Perceraian Jika Suami Berzina, Bukti Gambar Mungkin ‘Tak Laku’ Di Mahkamah!
Sumber: Erna Nadia
FT Image: Freepik