Secara umumnya, darah haid yang keluar berwarna merah. Walau bagaimanapun, keluarnya darah haid hitam juga boleh berlaku. Apakah punca yang menyebabkannya?
Jika kemunculan darah haid hitam adalah sebahagian daripada kitaran haid, maka anda tidak perlu risau. Namun, jika haid anda berlaku di luar kitaran haid, maka cara menangani darah haid hitam adalah dengan meminta bantuan doktor.
Mari lihat punca-punca di bawah, sekiranya pernah terjadi pada anda.
Baca juga: Lepas Seminggu Tak Kebah, Lelaki Cuba Petua Surutkan Demam Virus & Ternyata Berkesan!
DARAH HAID HITAM, KETAHUI 7 PUNCANYA
1. Akhir waktu haid
Menurut Dr. Theresia Rina Yunita, warna darah yang keluar sepanjang kitaran haid adalah sangat berbeza.
Darah haid berwarna hitam boleh berlaku kerana darah cukup lama berada di dalam rahim. Kebiasaannya kerana sudah menjelang akhir haid, maka darah yang keluar berwarna hitam.
Semakin lama ia mengambil masa untuk keluar dari badan, semakin lama darah akan teroksidasi sehingga berubah warna menjadi hitam. Menurutnya, anda tidak perlu risau kerana keadaan ini normal dan tidak membahayakan tubuh!
2. Rahim tidak berkontraksi baik
Dipetik dari Cleveland Clinic, darah haid hitam dan beku boleh disebabkan oleh rahim tidak berfungsi dengan baik.
Apabila rahim tidak berkontraksi dengan baik dan mengeluarkan darah dengan cepat, ia boleh menyebabkan pembekuan darah. Kemudian, haid akan mengeluarkan bekuan darah hitam yang boleh menjadi kecil atau besar.
3. Faraj tersumbat
Darah hitam yang keluar juga boleh menjadi tanda penyumbatan pada faraj. Benda-benda yang boleh menyumbat vagina, antara lain adalah alat kontrasepsi seperti penutup rahim atau cincin, kondom, mainan seks atau tampon.
Lama kelamaan, barang yang tersumbat boleh merengsakan lapisan faraj dan mencetuskan jangkitan, sekali gus menyebabkan darah keluar menjadi hitam.
Baca juga: Ketahui 5 Jenis Luka Lepas Berkhatan, Jumpa Doktor Kalau Ada Tanda Tak Sembuh Ini!
4. Darah haid tertahan
Apabila darah haid tertahan (hematocolpos) dan memenuhi faraj, ini boleh menyebabkan darah menjadi lebih gelap.
Kebiasaannya, ini disebabkan oleh kecacatan pada septum faraj atau selaput dara yang boleh menyebabkan penyumbatan.
Sekiranya penyumbatan itu sangat teruk, ini boleh menyebabkan seseorang itu tidak datang haid langsung. Secara amnya, keluarnya darah hitam ini juga disertai dengan simptom kejang di bahagian bawah perut.
5. Kanser serviks

Gambar: rawpixel.com
Dalam kes yang jarang berlaku, darah haid hitam disertai dengan pendarahan semasa hubungan seksual boleh menjadi tanda bahawa anda mempunyai kanser serviks.
Secara amnya, kanser serviks peringkat awal tidak menyebabkan sebarang gejala.
Walau bagaimanapun, pada peringkat lanjut kanser serviks, ini boleh menyebabkan pendarahan dalam faraj DAN mengakibatkan darah haid hitam keluar.
6. Keguguran
Jika ibu hamil mengalami pendarahan hitam, ini mungkin tanda keguguran awal. Selain daripada keluarnya darah hitam, mungkin tiada gejala keguguran lain yang dialami.
Oleh itu, segera berjumpa doktor jika anda mengalami keadaan ini.
Baca juga: Pentingnya Memaafkan Ibu Bapa, Walaupun Masa Kecil Diri Ini Penuh Dengan Luka Emosi!
7. Jangkitan menular seksual
Penyakit kelamin seperti klamidia dan gonorea boleh menyebabkan darah hitam keluar.
Kadang-kadang, gejala ini juga disertai dengan kemunculan keputihan dengan bau yang tidak menyenangkan, sakit semasa hubungan seks dan sakit pelvis.
Jika darah haid hitam muncul disertai gejala ini, segera dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang betul.
Baca juga: Bangun Tidur Asyik Menguap? Ini 9 Tips Hilang Ngantuk Di Pagi Hari & Kopi Bukan Jawapannya!
Sumber: Klik Dokter