Luka bernanah yang muncul dari kecil bukannya mudah untuk dirawat. Apatah lagi, parut itu angkara sikap segelintir ibu bapa yang merosakkan kehidupan anak sendiri sehingga belum temui penawarnya. Namun, tahukah anda memaafkan ibu bapa dapat meringankan beban luka yang terpendam itu?
Menurut pakar psikologi dikenali sebagai Aiman, memaafkan ibu bapa bukanlah tanda untuk melupakan atau menafikan kesakitan yang dialami semasa kecil. Tapi, ia untuk anda bebas daripada beban emosi yang dah lama dibawa, supaya mampu sembuh daripada luka yang dah lama dirasai.
Baca juga: Elak Jadi ‘Ketagih’ Makan Ubat, Ada Satu Petua Mujarab Untuk Melegakan Sakit Kepala!
MEMAAFKAN IBU BAPA
Jadi, mengapa kita perlu memaafkan ibu bapa walaupun masa kecil kita penuh dengan luka?
Bagaimana untuk memahami bahawa mereka juga pernah menjadi mangsa kepada kitaran yang sama, dan kini tiba masanya untuk kita memutuskan rantaian kesakitan ini?
“Melampaui luka masa silam: Memahami perjalanan penyembuhan antara generasi”
Setiap kali kita borak tentang trauma kanak-kanak dan hubungan dengan ibu bapa, kita terlalu fokus untuk berfikiran kitaran menyalahkan mereka.
Namun, realiti yang mungkin terlepas pandang, bahawa ibu bapa kita juga pernah menjadi kanak-kanak yang terluka. Mereka membesar dalam persekitaran yang mungkin tidak memberi mereka kasih sayang yang mereka perlukan.
Lalu, apabila menjadi ibu bapa, mereka tak mampu berikan sesuatu yang mereka tak ada kepada anak-anak. “Kita tak dapat tuang air daripada jag yang kosong.”
Trauma antara generasi adalah warisan yang kita tak minta. Ia diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Ibu bapa kita mungkin gunakan kaedah mendidik yang mereka belajar daripada ibu bapa mereka sendiri, tanpa menyedari kesan negatifnya terhadap kita.
Begitu juga ibu bapa mereka belajar daripada generasi sebelumnya. “Your upbringing affect how you raised others.”
Baca juga: Bangun Tidur Asyik Menguap? Ini 9 Tips Hilang Ngantuk Di Pagi Hari & Kopi Bukan Jawapannya!
“Pentingnya memaafkan tanpa melupakan”
Memaafkan tak bermakna kita perlu melupakan atau menafikan kesakitan yang dialami.
Ia lebih kepada memahami bahawa ibu bapa juga adalah manusia tak sempurna, yang mungkin dah buat yang terbaik dengan apa yang mereka tahu masa itu.
Sehingga generasi kita mula sedar sisi negatif didikan begitu, walaupun asyik dikatakan “akhirnya jadi orang juga.”
- Kesedaran semakin luas
- Kajian psikologi semakin mendalam
- Berkembangnya pengetahuan seiring dengan teknologi
Kita semakin terdedah dengan ilmu kesihatan mental. Terletak pada kita yang ada kesedaran ini, untuk menjadi pemutus kitaran tersebut.
- Menghadap dan memahami luka masa lalu
- Belajar corak tingkah laku yang tak sihat
- Bina sempadan yang lebih baik
- Cari sokongan kalau perlu
Semua ini tak berlaku pada zaman dahulu, kerana kurangnya ilmu dan pendedahan kepada perspektif kesihatan emosi dalam kehidupan.
Ibu bapa juga manusia yang pernah terluka
Penyembuhan bermula dengan mengakui kesakitan kita sambil memahami bahawa ibu bapa kita juga pernah mengalami kesakitan mereka sendiri.
Ini bukan tentang mencari alasan atau membenarkan tingkah laku mereka, tetapi memahami konteks yang lebih luas, “kenapa mereka bertindak sebegitu.”
Baca juga: [VIDEO] Pergerakan SALAH Bila Bangun Tidur Punca Sakit Tulang Belakang, Begini Cara Betulnya!
Memaafkan bukan untuk ibu bapa tapi diri sendiri yang sedang terluka
Malah, tujuan memaafkan bukan untuk mereka, tetapi untuk diri kita sendiri. Tetapi untuk bebas daripada beban emosi yang dah lama dibawa, supaya mampu sembuh daripada luka yang dah lama dirasai.
Memahami trauma antara generasi membantu kita melihat ibu bapa kita sebagai manusia yang juga pernah terluka.
Nak jadi pemutus kitaran adalah pilihan berani dan berat sebab ia perjalanan yang sangat sukar, tetapi tak mustahil.
Masa lalu memang membentuk diri kita yang sekarang, tetapi ia bukan penentu masa depan kita, kecuali kalau kita yang izinkan.
Baca juga: 7 Ciri Lelaki Mandul Fizikal Yang Boleh Dikesan, Jangan Salahkan Wanita Sahaja!
Sumber: Aiman Psikologi
FT Image: stokkurs