Sering berkongsi tip rawatan fisioterapi, baru-baru ini pemilik akaun Tiktok @ainphysio menunjukkan pula kesalahan yang selalu dilakukan seseorang ketika bangun tidur. Di mana, kesalahan tersebut boleh menyebabkan sakit belakang.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan Ain menunjukkan cara yang salah dan betul semasa bangun dari tidur.
Baca juga: Dikejutkan Berita Warga Emas Maut Disengat Tebuan, Boleh Cuba 3 Petua Rawatan Awal Ini!
BANGUN TIDUR SAKIT TULANG BELAKANG, RUPANYA SALAH BANGKIT!
Kesalahan bangun dari tidur
Dapat dilihat daripada contoh, cara bangun yang salah apabila seseorang itu berada di dalam keadaan baring dan kemudian memilih untuk terus bangkit serta menegakkan badan di bahagian atas.
Cara bangun sebegini menurut Ain, bakal memberi risiko pada tulang belakang dan lama-kelamaan ia akan menimbulkan rasa sakit pada bahagian tersebut.
Baca juga: 7 Ciri Lelaki Mandul Fizikal Yang Boleh Dikesan, Jangan Salahkan Wanita Sahaja!
Baca juga: Public Health Bidas Wanita Buat Video 3 Makanan Tak Boleh Campur Pisang, Ini FAKTA Sebenar!
Cara betul bangun dari tidur
Cara betul untuk bangun daripada tidur adalah dengan mengiringkan tubuh ke sebelah dan menggunakan tangan untuk tolak dan bangun.
Kalau nak tahu dengan lebih jelas pergerakan yang salah dan betul semasa bangun dari tidur, boleh tonton video di bawah.
@ainphysio Biasanya orang akan bangun dengan cara betul bila dah sakit belakang #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #WomensDay
Baca juga: Berdiam Diri Tak Semestinya Baik! Ramai Setuju Inilah Individu Yang Paling Jahat Di Tempat Kerja
Sumber: TikTok @ainphysio
FT Image: TikTok @ainphysio