Sihat

Paling Tak Sangka Tindakan No.6 Ini Jadi Punca Tulang Belakang Sakit, Jangan Amalkan Selalu!

1
SHARES
SAKIT TULANG BELAKANG

Masih ramai yang tidak sedar bahawa tindakan harian kita boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Walaupun nampak remeh, tabiat ini boleh membawa kepada masalah kesihatan serius dalam jangka masa panjang.

Sekiranya anda mengalami sakit tulang belakang, dinasihatkan supaya tidak melakukan tindakan di bawah ini secara kerap. Ikuti perkongsian oleh Public Health Malaysia.

Baca juga: Doktor Kongsi Perbezaan Antara Prebiotik Dan Probiotik, Bila Dah Tahu Baru Lebih Faham…

TINDAKAN YANG BOLEH JADI PUNCA SAKIT TULANG BELAKANG

SAKIT TULANG BELAKANG

Antara punca sakit tulang belakang adalah disebabkan:

1. Duduk terlalu lama tanpa bergerak

Postur badan yang tidak betul ketika duduk dalam tempoh yang panjang boleh memberi tekanan berlebihan kepada tulang belakang dan otot.

2. Membongkok semasa angkat barang berat

Membongkok semasa mengangkat barang berat merupakan salah satu punca utama sakit tulang belakang kerana ia memberikan tekanan berlebihan kepada otot, ligamen, dan tulang belakang.

Apabila seseorang membongkok, kedudukan tulang belakang tidak berada dalam postur yang betul, dan beban yang diangkat akan memberikan tekanan tidak sekata sehingga menyebabkan slipped disc, ketegangan otot, atau kecederaan pada ligamen.

3. Sakit tulang belakang – pakai kasut tumit tinggi terlalu lama

Kasut tumit tinggi memaksa tubuh untuk mengimbangi berat badan dengan cara yang tidak normal, menyebabkan tekanan tambahan pada tulang belakang, terutamanya bahagian bawah (lumbar).

4. Tidur meniarap atau bantal terlalu tinggi

Bantal yang terlalu tinggi pula mengakibatkan leher terangkat di mana ia boleh memberikan tekanan tambahan. Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan rasa sakit, kekakuan, atau ketegangan pada tulang belakang,

5. Bawa beg berat di sebelah bahu

Membawa beg berat di sebelah bahu sahaja boleh menjadi punca sakit tulang belakang kerana ia menyebabkan beban tidak seimbang pada tubuh.

Apabila beg berat hanya diletakkan pada satu bahu, otot, ligamen, dan tulang belakang di bahagian tersebut terpaksa menanggung tekanan tambahan.

6. Sakit tulang belakang – letak dompet di poket belakang

Kedudukan dompet di poket belakang memaksa badan untuk berada dalam posisi tidak simetri. Lama-kelamaan, ini boleh menjejaskan postur dan menyebabkan ketegangan pada otot serta sendi di bahagian tulang belakang dan pelvis.

Apa anda kena lakukan

Bagi mengelakkan masalah sakit tulang belakang berlarutan, anda boleh:

  • Lakukan regangan setiap 30 minit
  • Gunakan postur yang betul semasa mengangkat barang
  •  Tidur dalam posisi yang menyokong tulang belakang, seperti mengiring
  • Pastikan kasut yang dipakai selesa dan menyokong postur badan
  • Elakkan membawa barang berat pada satu bahagian badan sahaja

Sayangilah tulang belakang anda kerana ia adalah “paksi” utama badan kita! Mulakan langkah kecil untuk kesihatan yang lebih baik hari ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Edry Kecewa Anak Autisme Dimaki Ketika Berada Di Restoran, “Dia Cuma Nak Rasa Hidup Normal”

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×