Sihat

Doktor Kongsi Perbezaan Antara Prebiotik Dan Probiotik, Bila Dah Tahu Baru Lebih Faham…

11
SHARES
PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

Prebiotik dan probiotik merupakan komponen penting dalam menjaga kesihatan sistem penghadaman. Kedua-duanya memainkan peranan utama dalam menyokong keseimbangan mikroorganisma dalam usus, yang secara langsung mempengaruhi kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Sekiranya anda masih tidak tahu perbezaan prebiotik dan probiotik, disarankan untuk membaca artikel ini untuk mengetahui perbezaan kedua-duanya.

Baca juga: Petua Rawat Gout Atau Masalah Kesihatan Lain Guna Daun Sirih Cina, Ternyata Memang Mujarab!

PERBEZAAN ANTARA PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

Kredit: Freepik

Menerusi perkongsian di laman Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad,

– Probiotik merujuk kepada bakteria baik yang terdapat dalam makanan dan menjadi sebahagian dari dalam sistem pencernaan kita.

– Ia mampu mewujudkan satu ekosistem dalam usus besar yang seimbang bagi mengawal populasi bakteria berbahaya supaya tidak menjadi terlalu banyak dan memberikan kemudaratan pada tubuh.

– Prebiotik pula adalah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan dalam usus dan menjadi makanan kepada kuman baik.

– Probiotik adalah makanan yang sudah menjalani proses penapaian (fermentation). Dalam proses ini lebih banyak kuman baik dibiakkan.

– Prebiotik adalah makanan yang belum diproses. Pencernaan dalam sistem penghadaman yang menjadikan ia makanan kepada bakteria baik

– Contoh makanan probiotik adalah produk susu kultur, produk susu difermentasi, yogurt, kimchi (makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa), Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kubis yang difermentasi) dan tapai pulut.

– Sementara contoh prebiotik pula adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat, bawang putih, bawang besar, asparagus, pisang, kekacang dan bijirin.

Jadi, kita perlu mengambil prebiotik dan probiotik yang secukupnya bagi memastikan jumlah bakteria baik cukup dalam usus kita dengan pemakanan diet yang baik.

Semoga artikel perkongsian perbezaan prebiotik dan probiotik ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Makan Madu Dengan Cara Betul Kalau Nak Cepat Sihat, Ramai Yang Dah Salah Waktu…

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×