Kebersihan peralatan makanan perlu dititikberatkan walaupun di rumah sendiri atau makan di luar. Hal ini kerana sesetengah orang masih beranggapan bahawa botol kicap berbintik putih itu merupakan satu perkara biasa dan masih selamat untuk digunakan.
Setiap peniaga makanan diingatkan agar mengambil berat tentang kebersihan dalam semua aspek termasuklah peralatan dan kutleri di ruang makan yang dihidangkan kepada pelanggan.
Baca juga: TAK BOLEH Simpan Nasi Lebih 24 Jam Dalam Peti Ais, Hati-Hati Kalau Selalu Buat!
BOTOL KICAP BERBINTIK PUTIH, HATI-HATI BILA NAK MAKAN
Menerusi perkongsian di laman Facebook, sekiranya anda berada di restoran luar dan melihat keadaan botol kicap berbintik putih seperti gambar diatas, dinasihatkan supaya berhati-hati.
Hal ini kerana bintik-bintik putih tersebut menunjukkan bahawa ia berisiko tinggi kepada pencemaran makanan. Kemunculan bintik putih itu adalah disebabkan oleh koloni bakteria yang merangkumi bakteria atau kulat.
Setiap bintik putih mengandungi jumlah kuman tidak terkira sehingga seseorang itu boleh mengalami sakit perut selepas makan makanan di luar.
Tujuan dia berkongsi perkara ini bukan untuk menakut-nakutkan tetapi hanya memberi kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati terutamanya jika makan di gerai atau restoran. Tambahnya juga, botol kicap berbintik putih juga boleh disebabkan taburan garam oleh pemilik restoran.
Jadi, periksa keadaan botol kicap terlebih dahulu sebelum makan dan pastikan tiada sebarang bintik putih di bahagian atas. Tindakan ini boleh membantu anda mencegah daripada terkena keracunan makanan.
Jangan ambil ringan mengenai perkara ini kerana seperti mana anda tahu, keracunan makanan boleh menyebabkan kematian.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: Jangan Simpan Makanan Dalam Peti Ais Sampai Lebih Waktu Ini, Nanti Tak Sedap!
Sumber: Detik Food