Sihat

Petua Rawat Gout Atau Masalah Kesihatan Lain Guna Daun Sirih Cina, Ternyata Memang Mujarab!

3
SHARES
daun sirih cina

Daun sirih Cina atau dikenali sebagai Peperomia pellucida merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional termasuk untuk membantu merawat gout.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, pengambilan jus sirih cina secara konsisten sangat disarankan terutamanya mereka yang mengamali masalah kesihatan.

Baca juga: Susah Hamil Sebab Rahim Terbalik, Cuba Posisi Seks Macam Doktor Suruh Ini, Ada Kata Cepat Lekat Baby!

DAUN SIRIH CINA TERNYATA MAMPU RAWAT GOUT, INI CARANYA

DAUN SIRIH CINA

Pokok ketumpang atau sireh cina biasanya tumbuh di tempat yang lembap seperti di tepi pasu atau longkang. Selain gout, daun sirih cina juga boleh merawat beberapa masalah kesihatan lain iaitu:

  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Gout
  • Batuk
  • Selesema
  • Penawar sakit sendi dan perut
  • Jangkitan pada mata
  • Redakan cirit-birit
  • Redakan demam (Ramas daun dengan sedikit air dan sapukan di kepala)

Cara penyediaan air sirih cina:

Berikut adalah cara rawatan gout menggunakan sireh cina:

– Cuci bersih daun sirih cina untuk menghilangkan kotoran.

– Masukkan daun ke dalam periuk bersama air.

– Rebus hingga air berkurang menjadi lebih kurang 1 cawan.

– Biarkan sejuk sebelum menapis air rebusan.

– Minum air rebusan ini sekali atau dua kali sehari (sebaiknya pagi dan malam).

Daun sirih cina ini dikatakan mampu mengurangkan paras asid urik di dalam badan selain dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, anti bengkak dan penahan sakit.

Daun sirih cina ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit HFMD iaitu tangan, kaki dan mulut. Lebih menarik lagi, sirih cina boleh dijadikan ulaman.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Hanya Bermula Dengan Ulser, Wanita Ini Disahkan Kanser Lidah & Terpaksa Dipotong

Sumber: Facebook Suamiku Imamku Isteriku Makmumku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×