Rahim terbalik atau istilah perubatan dikenali sebagai retroverted uterus keadaan di mana rahim berada dalam posisi condong ke belakang. Keadaan ini dialami oleh kira-kira 20-30% wanita dan sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kesakitan semasa haid, hubungan intim, atau kesukaran untuk hamil.
Menerusi perkongsian seorang wanita di aplikasi X, dia memberitahu bahawa posisi seks antara faktor penting dan perlu diambil kira sekiranya si isteri mengalami rahim terbalik.
Baca juga: Hanya Bermula Dengan Ulser, Wanita Ini Disahkan Kanser Lidah & Terpaksa Dipotong
RAHIM TERBALIK PUNCA SUSAH HAMIL, DOKTOR SURUH CUBA CARA INI
“Saudara saya ada masalah rahim terbalik. Doktor sarankan kalau nak mengandung, cuba posisi doggy. Alhamdulillah sekarang anak dia dah 4 orang. Rezeki dia. Belum cuba belum tahu. Tak salah kita usaha kerana Tuhan yang menentukan,” ujarnya.
Tambah Delina, dia turut mengalami masalah sukar untuk hamil dan pelbagai rawatan telah dilakukan. Kedua-dua mereka tiada sebarang masalah kesihatan.
“Masuk kamera ikut bawah, scan dan macam-macam saya dah rasa. Saya cuba juga cara tradisional macam orang suruh. Ikut petua orang lama makan telur ayam kampung dan madu setiap hari. Akhirnya saya putus. Selepas dua tahun, saya cuba dapatkan anak dengan cara natural sahaja,” katanya.
Masalah sukar untuk hamil ini turut dialami oleh pelakon tanah air iaitu Janna Nick yang baru-baru meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan komen warganet.
Delina turut menyatakan bahawa biasanya hanya perempuan sahaja yang menjadi mangsa cemuhan dan dianggap tidak sihat dalam hal ini.
“Mentang-mentang kami yang menerima sperma dan mengandung, kalau tak lekat terus nak salahkan perempuan. Percayalah, Allah akan bagi tepat pada masanya,” katanya.
Tanda anda mengalami uterus terbalik
Antara tanda seseorang wanita itu mengalami rahim terbalik adalah:
- Sakit pada faraj ketika hubungan kelamin
- Sakit semasa haid
- Kerap kencing
- Jangkitan pada salur kencing
- Benjol bawah perut
Baca juga: Kulit Wajah Makin Cantik & Anjal Bila Makan Jagung Muda, Rugi Siapa Yang Belum Tahu!
Sumber: X Delina Meliora