40 Minggu

8 Tips Cepat Hamil Tanpa Produk. Ini Cara Mudah!

6.9K
reads
Tips Cepat Hamil

Tips Cepat Hamil

Anda ingin hamil atau mengandung? Mari ikuti tips cepat hamil tanpa produk ini. Ia adalah secara semulajadi.

Adakah anda cemburu dengan pasangan yang baru berkahwin sudah hamil sedangkan anda sudah lama berkahwin tetapi masih belum hamil? Inginkan tips cepat hamil? Saya sering mendapat soalan daripada pasangan yang inginkan cahaya mata. Ada juga yang bertanya di dalam bentuk yang lebih khusus seperti “Bilakah saat terbaik untuk melakukan seks (hari subur wanita)”, “Apakah posisi terbaik untuk meningkatkan peluang untuk hamil?”. Ada juga yang bertanya “Ada tips cepat hamil menurut Islam tak?”. Mari kita rungkaikan bersama-sama.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dicuba untuk pasangan yang inginkan cahaya mata.

Ketahui waktu subur isteri

Ketahui waktu subur isteri

1. Ketahui waktu terbaik melakukan hubungan seks

Masa dan waktu adalah sangat penting bagi pasangan yang inginkan zuriat. Ini sebenarnya tips cepat haml yang paling asas. Setiap pasangan wajib tahu masa yang sesuai melakukan hubungan seks dan tahu waktu subur wanita atau dengan kata lain masa pengeluaran telur atau ovulasi. Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Jangan risau, anda boleh dapatkan ovulation kit di farmasi. Ovulation kit ini membantu anda menentukan bilakah waktu subur anda.

Anda juga perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam manakala sperma pula boleh hidup 48 – 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu ketahuilah bahawa melakukan hubungan seks sebelum ovulasi adalah lebih berkesan berbanding selepas ovulasi.

Ketahui waktu subur isteri

Kerap melakukan hubungan seks sewaktu subur

2. Kekerapan melakukan hubungan seks

Sebenarnya tidak ada angka atau fakta yang tepat untuk memastikan berapa kali seseorang itu perlu bersama untuk hamil. Tips cepat hamil ini sebenarnya bergantung kepada keadaan pasangan itu sendiri. Ada wanita dapat hamil hanya sekali sahaja percubaan. Malah ada juga yang terpaksa mencuba berkali-kali untuk hamil.

Walaubagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan intim sewaktu “waktu subur”. Kerana anda perlu tahu walau sekerap mana anda melakukan hubungan intim bersama isteri tetapi bukan pada waktu subur tidak berguna kerana potensi untuk isteri anda hamil adalah tipis atau tiada langsung.

Orgasme bersama-sama dengan pasangan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi

Orgasme bersama-sama dengan pasangan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi

3. Nikmati hubungan intim bersama pasangan

Daripada hasil penelitian pakar, wanita yang mencapai orgasme iaitu klimaks semasa hubungan kelamin akan membentuk satu suasana alkaline pada vagina yang mana sperma amat suka pada keadaan ini berbanding semasa keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme bersama-sama dengan pasangan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi, maka kesempatan sperma untuk sampai di ruangan servik rahim adalah lebih tinggi. Jadi, enjoy your moment!

4. Posisi hubungan seksual

Agak malu bila berbicara tentang posisi. Mahu tidak mahu, kena cerita juga kerana ini ialah tips cepat hamil yang penting.

Posisi yang akan dicadangkan mungkin dapat meningkatkan potensi untuk anda hamil. Posisi suami di atas adalah lebih baik untuk terjadinya kehamilan. Semasa suami berada di atas, letakkan sebiji bantal di pinggul isteri dan biarkan pasangan berada di dalam keadaan tenang dan rehat untuk 15 minit selepas proses ejakulasi.

Ini akan membantu sperma untuk berenang ke arah rahim dan bersenyawa dengan telur. Jangan gunakan bantal yang terlalu tinggi kerana ini akan menyebabkan sperma terkumpul di belakang rahim. Jadi usaha anada akan sia-sia. Selain itu, elakkan posisi isteri di atas, duduk dan berdiri kerana hanya sedikit sahaja sperma yang tinggal untuk berenang ke arah sel telur.

5. Kurangkan bergerak selepas melakukan hubungan seks

Tidak ada bukti yang menunjukkan jika banyak bergerak selepas hubungan seks menggagalkan usaha untuk hamil. Namun, tidak salah mencuba tips cepat hamil ini bukan?

Anda harus ingat yang sperma sudah pun berada di dalam servik rahim sesaat selepas ejakulasi. Namun adalah digalakkan untuk anda berehat sebentar untuk memberi masa sperma berenang ke arah servik rahim.

Tetapi harus diingatkan kepada pasangan yang inginkan cahaya mata, jangan cuci vagina dengan cairan pembersih vagina selepas hubungan seksual kerana pencuci ini bersifat toksid untuk sperma.

6. Elak memakai seluar ketat

Ingatan untuk para suami, elakkan memakai seluar atau pakaian dalam yang ketat atau mandi air panas kerana ini akan mengurangkan potensi kehamilan. Tabiat ini akan menyebabkan proses penekanan atau kepanasan di kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait rapat dengan tabiat dan amalan kebiasaan.

7. Relaks atau berehat

Ini tips cepat hamil yang perlu diambil berat oleh pasangan yang selalu stress. Setiap pasangan harus relaks, bertenang dan berehat menghadapi apa jua masalah dan tekanan. Ini kerana keadaan yang terlalu stress boleh menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga kesihatan

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Tips cepat hamil yang kelapan ini menyatakan yang setiap bakal ibu mesti pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat tubuh mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil berbanding wanita yang kurang atau berlebihan berat badan. Jaga pemakanan dengan baik.

Diharapkan tips-tips di atas dapat meningkatkan kemungkinan kehamilan. Anda juga perlu tahu hanya 30% sperma yang berjaya berenang ke sel telur manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah mempraktikkan semua tips dengan betul. Jadi anda harus bersabar dan cuba lagi.

Sekiranya anda telah mencuba selama setahun tetapi masih lagi gagal adalah disyorkan anda bertemu dengan doktor pakar dan mendapatkan nasihat mereka. Doktor pakar adalah perunding terbaik di dalam usaha mendapatkan anak. Jodoh, rezeki dan cahaya mata adalah ketentuan dari Allah. Bagaimanapun anda harus mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkannya.

Paling penting adalah sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama-sama berbincang, berfikir dan berusaha untuk mendapatkan anak. Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut nasihat dari doktor. Insyaallah usaha anda akan membuahkan hasil. Semoga berjaya.

Harapan kami

Sudah selesai baca tips cepat hamil secara semulajadi ini? Jangan lupa baca satu lagi entri tentang cara cepat hamil, lebih-lebih lagi agar boleh ‘bunting pelamin’. Basahkan lidah dan panjatkan doa pada Allah.

Semoga berjaya dan dapat menimang cahayamata!

Yang Popular

To Top