Cara Cepat Hamil
Mahu tahu cara cepat hamil? Sebelum itu, tahu tak apa itu ‘bunting pelamin‘? ‘Bunting pelamin‘ ialah situasi di mana pengantin perempuan disahkan mengandung hanya pada ‘percubaan’ pertama kali setelah sah bernikah sebagai pasangan suami isteri.
Apabila pengantin lelaki berjaya ‘membuntingkan‘ pengantin perempuan, pasti dia akan diusik oleh kawan-kawan lelakinya. Gurauan seperti, “Weh, ‘sharp-shooter’ ni weh” atau “Power, power. Kau memang power! Kurang dalam masa sebulan nih!” selalu bermain di bibir lelaki sambil diiringi gelak yang tidak berhenti-henti. Ini bukan satu ejeken, tetapi lebih kepada satu penghargaan dan ucapan tahniah pada pengantin baru itu.
Kita tinggalkan seketika gurauan tersebut. Mari kita lihat apakah tips-tips agar dapat cepat mengandung.
1. Jaga pemakanan dan diet
Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.
Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.
Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.
Cakap memang senang bukan? Namun, mahu melakukannya cukup payah. Kena amalkan gaya hidup bersukan untuk badan kekal cergas.
2. Makan vitamin
Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:
- Vitamin E
- Zinc
- Copper
- Panthothenic acid
- Potassium
- Vitamin A
- Vitamin C
- Vitamin D
- Thiamin B6
- Riboflavin
- Niacin
Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi. Jika tidak, cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut. Untuk pil herba, sila rujuk pada yang pakar juga. Jangan makan sebarangan.
3. Mempunyai berat badan ideal
Mungkin ada yang kurang setuju. Siap ada yang kata, “Eleh, si Liza (bukan nama sebenar) tu, gemuk je aku tengok. Tapi, tiap-tiap tahun sorang. Aku ni biasa-biasa je, tapi susahnya nak mengandung”. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan? Lihat semula point yang nombor satu di atas.
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.
4. Detoks (Bahasa Inggeris: Detox)
Ini antara cara cepat hamil yang jarang kita dengar. Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. Perlu diingat, jangan beli semberono sahaja, lebih-lebih lagi dari penjual Multi Level Marketing (MLM) yang mahu melariskan produk mereka sahaja.
Luangkan masa melawat farmasi berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari yang pakar. Jumpa ‘dietitian’ untuk memberi pandangan yang boleh membantu kita. Elakkan mendengar nasihat kawan-kawan dan percaya sepenuhnya.
5. Lakukan hubungan intim dengan kerap
Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.
6. Ketahui waktu subur atau ovulasi
Ini adalah fakta yang sangat penting. Ramai yang ambil ringan tentang perkara ini. Ada yang sudah ada anak pertama, tetapi sukar untuk mendapat anak kedua. Untuk mengelakkan kekecewaan, belajar cara membaca waktu ovulasi. Kenali diri sendiri. Kami tidak dapat menceritakannya disini kerana ovulasi setiap wanita adalah berlainan.
Jika kena masanya, dengan sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi. Jom ambil sedikit masa untuk belajar. Jika ingin mengandung, kena belajar ilmu dan cara cepat hamil. Jangan main hentam keromo sahaja, dah selepas itu mengadu masih tidak hamil.
Untuk kira waktu subur, boleh guna Kalkulator Ovulasi kami. Boleh juga Google “Ovulation Calendar Tool” untuk maklumat lebih lanjut. Ingatan sekali lagi, ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau ‘period’ untuk waktu yang tepat.
7. Jumpa doktor pakar
Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.
Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.
8. Pastikan posisi seks yang betul
Jangan main-main. Ini bukan benda lucah. Sebenarnya, ini antara cara cepat hamil yang ramai orang buat tidak peduli. Kami tiada masa untuk bercerita perkara yang bukan-bukan. Posisi semasa melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Ini akan memudahkan sperma berenang ke arah ovum. Cara dan posisi bersetubuh adalah penting dalam memastikan isteri dapat cepat mengandung. Posisi apakah itu? Anda cubalah sendiri ya.
9. Elakkan tekanan
Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?
Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.
10. Jauhi rokok
Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
11. Kurangkan kafein (Bahasa Inggeris: Caffeine)
Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.
Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.
Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara?
12. Berdoa pada Allah
Cara cepat hamil ini adalah yang terakhir. Tips ini tiada di mana-mana artikel Bahasa Inggeris. Mereka lebih menjurus ke arah tips yang berasaskan saintifik semata-mata. Kita sebagai orang Islam perlu percaya bahawa rezeki anak itu ialah dengan izin dan rahmat Allah. Amalkan doa untuk cepat mengandung seperti di atas. Islam itu indah dan memudahkan. Lebih baik meminta pada Allah. Jika anda ada doa-doa lain, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Harapan kami
Semoga cara cepat hamil yang kami kongsikan ini berguna untuk bakal-bakal ibu. Jika ada masa, luangkan sedikit masa untuk baca tips cepat hamil tanpa produk.
Sumber: SoFeminine UK, BabyCenter.com dan Parenting.com